StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, January 25, 2002 2:01 PM

Penangkapan 2 Pensyarah UTM (KMM). Bukti Wujud Unsur Subversif dalam Kampus


KUALA LUMPUR,Khamis 24 Jan - Sepuluh orang lagi
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dalam tempoh dua minggu lepas kerana terbabit dalam
kegiatan militan untuk menubuhkan negara Islam di
Malaysia, Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai
berkata Khamis.

Mereka ditahan dalam operasi peringkat kedua ekoran
penangkapan 13 orang anggota KMM di antara 9 Disember hingga 3 Januari lepas, katanya pada persidangan berita di ibupejabat polis Bukit Aman.

Daripada 23 yang ditangkap sejak bulan lepas, 16 ialah
warganegara Malaysia, empat rakyat Indonesia yang
mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan tiga rakyat
Singapura yang juga bertaraf PR.

Tiga belas daripada yang ditahan adalah lulusan
universiti, termasuk dua lulusan universiti dari
Amerika Syarikat dan dua lagi dari United Kingdom.

Sepuluh yang ditangkap dalam operasi terbaru termasuk empat orang kakitangan kerajaan -- All Bakri Mohamed Alias,46, Jurutera Daerah Klang/Shah Alam dan Othman Mohd Ali,46, pembantu penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat, dan dua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia di Johor, Roshelmy Md Sharif,30 dan Idris Salim,33.

Sementara itu, dalam sidang media selepas mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno petang tadi, Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Mahathir berkata, mesyuarat MT turut
membincangkan bahaya gerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang bertujuan menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

"Kita mempunyai bukti cukup penglibatan mereka dengan keganasan dan rancangan keganasan mereka dan hubungan mereka dengan puak pengganas antarabangsa," katanya.

Beliau berkata KMM tidak yakin kepada sistem
demokrasi.

Dr Mahathir berkata kerajaan telah mengesan ramai
anggota kumpulan itu dan tindakan menahan mereka yang terbabit telah diambil selain siasatan terhadap
kegiatan anggota KMM yang lain masih dijalankan.

Katanya, kerajaan mempunyai undang-undang bagi
menghalang sesuatu kejadian jenayah berlaku dan
membolehkan penahanan tanpa dibawa ke mahkamah.

Tindakan mahkamah akan diambil sekiranya terdapat
bukti mereka telah melakukan kegiatan jenayah,
katanya.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Anonymous

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved