StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 31, 2002 1:01 PM

Program Ulama Moden atau Ulama Tulen


Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, Pengarah Akademi
Pengajian Islam berkata akan memperkenalkan kursus
ISlamisasi Ilmu dengan kombinasi bidang sains dan
Islam.

Setahu Pena idea ini telah dilaksanakan di Universiti
Islam Antara. Malah, bukan idea baru kerana telah
dipraktikan pada zaman Ibnu Sina lagi.

Kalau mahu memperkenalkan program baru sebagai ulama moden bererti ulama yang dilahirkan sebelum ini ualama apa?

Yang pastinya, mengikut pengamatan Pena program
Akademi Islam sebelum ini bnyak melahirkan ulama
retorik dan ulama pengguna. Maka dengan itu,
barangkali dengan adanya program baru itu akan bakal
melahirkan ulama pratikal dan ulama pembuat.

Apapun, Pena bersetuju dengan pendapat senyum kambing, program baru yang bakal dilaksanakan oleh UM itu bukan melahirkan ulama moden tetapi ulama tulen.

Utusan Malaysia, 31 Jan
Oleh: NIZAM YATIM dan HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Universiti Malaya (UM) akan
melahirkan `ulama moden' dengan memperkenalkan kursus baru Sarjana Muda Sains dan Pengajian Islam bagi membolehkan mereka menjadi pakar dalam kedua-dua bidang ilmu akhirat dan keduniaan.

Pengarah Akademi Pengajian Islam UM, Profesor Datuk
Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, pengenalan
kursus itu akan membantu melahirkan golongan ulama
yang bakal menjadi penghubung antara dua kumpulan
ilmuwan yang kini tidak dapat bersatu kerana latar
belakang pendidikan yang berbeza.

``Mereka tidak dapat bekerjasama kerana satu pihak
hanya arif dalam ilmu akhirat dan pihak lain pula
mahir dalam ilmu keduniaan sahaja,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja if Sekularisme dan Islamisme: Kemunduran dan Kemajuan Umat nf, pada hari kedua Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Katanya, ilmu akhirat merangkumi aspek-aspek metafizik seperti bukti kewujudan Tuhan dan pelaksanaan urusan ibadat, contohnya sembahyang lima waktu manakala ilmu keduniaan merujuk kepada bidang sains dan teknologi, ekonomi serta politik.

Menurut beliau, ulama tersebut juga diharap dapat
mengkaji semula dasar Islamisasi di Malaysia yang kini
lebih tertumpu kepada penerapan nilai-nilai umum Islam
secara longgar dalam bidang pentadbiran dan ekonomi.

``Dasar ini tidak menepati takrif Islamisasi sebenar
yang melibatkan pembebasan rakyat sesebuah negara
daripada kepercayaan karut adat resam yang
bertentangan dengan Islam.

``Ia juga membabitkan pembebasan daripada penguasaan sekularisme dalam hidup dan pemikiran-pemikiran mereka,'' tegasnya.

Sekularisme adalah satu ideologi yang memisahkan
segala urusan keduniaan daripada pengaruh agama.

Mahmood Zuhdi berkata, ulama terbabit juga harus
membantu kerajaan untuk mengubah pandangan ilmuwan berfikiran sempit kononnya kehidupan di dunia tidak penting.

``Al-Quran sendiri tidak pernah memperkecilkan
kehidupan dunia atau menghalang manusia daripada
meneliti atau berfikir tentang alam dunia,'' jelasnya.

Beliau menambah, ulama terbabit juga perlu mengubah
pendapat sesetengah rakan mereka yang berpendidikan Barat kononnya Malaysia akan maju sekiranya ia berpegang kepada ideologi sekularisme.

``Sekularisme hanya sesuai dilaksanakan di Barat
semasa masyarakatnya dikongkong oleh gereja dan tidak di negara Islam kerana kita telah mempunyai alternatif lain iaitu Islamisasi,'' katanya


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved