StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:30 AM

Apa Hak Mahfuz campuri urusan kampus


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, 8 Dis. Dalam keadaan mahasiswa terlalu terikut ikut rentak propaganda yang telah dimainkan oleh pihak media tempatan berkenaan istilah pro aspirasi kerajaan dan pro aspirasi pembangkang sempena pilihanraya kampus yang berakhir minggu lalu telah mendorong seorang mahasiswa memberikan pandangan beliau mengenai konsep istilah ketiga iaitu Aspirasi Mahasiswa.

Katanya, label pro aspirasi kerajaan mahupun pembangkang hanyalah propaganda pihak media tempatan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Namun begitu, satu konsep yang berada di tengah-tengah kedua-dua pro aspirasi tersebut yang menjadi penimbal kepada mereka disebut sebagai pro aspirasi mahasiswa.

Mahasiswa harus mempunyai aspirasi tersendiri dalam menjana dinamika mahasiswa sama ada secara idealisme mahupun realisme.....(sambil memetik ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat YB Mahfuz Omar dalam Parlimen baru baru ini iaitu Kebanyakan pilihanraya kampus telah dimenangi oleh orang orang kita), beliau secara lantang mempertikaikan apakah hak Mahfuz dalam mengisytiharkan perwakilan yang menang pilihanraya kampus terdiri daripada orang-orang kita.

Siapa dia (Mahfuz) senang senang nak isytihar sebagai orang orang dia ? Yang penting sekarang bukannya kita nak menyatakan siapa pro kerajaan siapa pro pembangkang tetapi yang penting sekarang ialah kita menjustifikasikan peranan mahasiswa itu sendiri dalam menjurus kepada aspirasi mahasiswa yang mungkin mempunyai perkaitan dengan aspirasi kerajaan mahupun pembangkang, katanya sambil meminta komentar terhadap lontaran pandangan yang diberikannya kepada ahli panel.

Beliau merupakan salah seorang hadirin dalam majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Mahasiswa Pahang Universiti Malaya (PMP) di sini hari ini telah mengemukakan pandangan beliau dalam slot diskusi ilmiah bersama Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan wakil Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Pn. Rohany merangkap Penasihat Persatuan Mahasiswa Pahang Universiti Malaya (PMP) sempena Program Ihya’ Ramadhan anjuran PMP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta beberapa persatuan anak negeri yang lain.

Namun begitu hanya dua peserta sahaja yang memberikan pandangan dalam keadaan slot tersebut hanya berlangsung sekitar 15 minit sahaja memandangkan waktu berbuka puasa hampir tiba. Tidak banyak persoalan yang dapat diutarakan mahupun dikupas dalam perbahasan tersebut tetapi kita mengharapkan lebih banyak lagi lontaran-lontaran pandangan berkenaan idealisme mahasiswa ini dibahaskan di kalangan mahasiswa itu sendiri bagi menjana dinamika mahasiswa yang benar-benar mempunyai corak dan gaya tersendiri.


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber, Web Aspirasi Mahasiswa

 

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved