StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Saturday, March 16, 2002

Pejuang Islam di UKM minat filem Bollywood


Oleh: W. FAIZAL W. JAAFAR, UKM Bangi.

NAMPAKNYA dakyah parti pembangkang berjaya meresapi akal dan minda segelintir pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia, termasuklah di Universiti Kebangsaan malaysia (UKM).

Mereka ini sebenarnya adalah golongan pelajar yang jumud, taksub dan yang paling utama mereka ini tidak tahu bersyukur ke atas apa yang telah mereka nikmati pada hari ini.

Mungkin pada tanggapan mereka hanya perlu bersyukur kepada Allah sahaja, tidak kepada manusia yang telah berikhtiar dan bersusah-payah membawa kemajuan kepada agama, nusa, bangsa dan negara. Islam apa ini!

Mereka ini bertopengkan Islam dan menyalahgunakan takbir apabila berhadapan dengan golongan yang mereka anggap terpesong daripada ajaran Islam.

Tetapi mereka silap caturan sebenarnya. Mereka disogok dan diperbodohkan dengan perkataan Islam dan sedikit tanda `kealiman' pada diri dan pemimpin mereka.

Masih segar dalam ingatan saya ini iaitu semasa berlangsungnya hari penamaan calon untuk pemilihan Wakil Pelajar UKM baru-baru ini. Apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) gegak-gempita dengan takbir yang diselang-selikan dengan sorakan cacian yang memberi tafsiran siapa sebenarnya mereka ini.

Seperti kata pepatah ``terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu.'' Sebagai seorang pelajar Melayu yang beragama Islam, saya berasa kesal kerana takbir yang suci itu disusuli dengan pelbagai kata-kata yang kesat yang tidak menggambarkan mereka ini sebagai pendokong Islam yang sejati (sama seperti parti pembangkang yang ada di luar sana).

Tidak di sini sahaja, sekali lagi saya merasa malu dan kesal apabila melihat pelajar Cina dan India yang walaupun tidak berapa ramai ketika itu, tersenyum simpul sambil bertepuk tangan melihat telatah satu bangsa yang bernama Melayu yang beragama Islam `bertempur' sesama mereka.

Mungkin pelbagai persepsi dan strategi yang menarik ada di dalam minda mereka ini yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Saya melihat golongan pelajar ini seolah-olah telah dipukau dengan satu fenomena agama yang terlalu ekstrem sehingga menjerat diri mereka sendiri. Sebahagian mereka ini kononnya mahu menghapuskan hiburan seperti nyanyian dan filem-filem Barat hatta Bollywood kerana ia boleh merosakkan akhlak (memang betul).

Tetapi mereka juga turut tanpa segan silu melayari filem Bollywood selama 3 jam tanpa henti di bilik atau di rumah sewa mereka masing-masing. Inikah perjuangan Islam yang mereka tegakkan? Ianya hanya pembohongan yang bertakhtakan nafsu semata-mata.

Jadi sebagai pelajar yang mempunyai tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air marilah kita sama-sama berfikir secara waras dan matang yang sesuai dengan kedudukan kita sekarang ini sebagai pelajar di Institusi Pengajian Tinggi.

Janganlah kita menjadi pengikut yang hanya mengikut naluri hati dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Tanpa adanya pemimpin yang ada sekarang, mustahil begitu ramai pelajar Islam dapat melanjutkan pelajaran. Ingatlah, ``jangan sampai kita menang sorak, sedangkan kampung kita tergadai''.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved