StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, January 25, 2002 1:58 PM

Usaha Semai Unsur Politik Modus Operandi Mahasiswa Subversif


PETALING Jaya: Pihak Universiti Malaya bercampur
tangan dalam penukaran tajuk Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara IPT Kali Ke-8 kerana ia beranggapan bahawa pelajar tidak harus mendebatkan isu politik yang sensitif.

Menurut sumber, tajuk asal pusingan terakhir
pertandingan itu sebenarnya berkaitan dengan perihal
tentang kebaikan sistem penukaran parti politik yang
memerintah kerajaan.

Setelah menerima 'nasihat' daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM, pihak penganjur pertandingan itu pun menukar tajuk tersebut kepada "Peperangan adalah cara terbaik untuk menghentikan terorisme antarabangsa" yang akan diperdebatkan oleh pasukan UM dengan pasukan UTM pada 4 November.

Menurut pandangan dalam golongan mahasiswa, tindakan HEP UM telah disifatkan sebagai tindakan menekan aktiviti mahasiswa dan mencabul hak kebebasan pelajar beraktiviti.

Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Malaya (PBTUM)
dan Sin Chew Jit Poh merupakan penganjur kepada
pertandingan yang diadakan 2 kali setahun itu.
Sebanyak 16 buah universiti menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan yang telah menimbulkan banyak perselisihan antara IPT sejak perasmiannya pada 22 Oktober.

Selain HEP UM, dua pasukan juga dituduh terlibat dalam penukaran tajuk.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh, Persatuan Pelajar
Cina UPM telah mengeluarkan kenyataan dan mendakwa pasukan Universiti Tenaga, pasukan Universiti Multimedia Melaka dan pihak HEP UM telah bercampur tangan dalam penukaran tajuk perdebatan. Pasukan UPM mendakwa bahawa mereka mengetahui keputusan penukaran tajuk itu hanya beberapa hari sebelum pertandingan pusingan pertama.

PBTUM pula mengeluarkan kenyataan yang menafikan
dakwaan itu. Ia mengatakan bahawa tajuk-tajuk
perdebatan ditentukan oleh kumpulan intelektual yang
pakar dalam bidang perdebatan. "Penentuan dan
penukaran tajuk adalah kuasa mutlak kumpulan itu,"
katanya.

Kenyataan PBTUM menyuruh para universiti agar
mempertimbangkan pendirian pasukan lain dan
menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak
penganjur.

Di samping itu, pihak penganjur pertandingan itu
mengumumkan bahawa mereka menghadapi masalah
kekurangan belanjawan sebanyak RM20,000. Semasa
upacara pembukaan pertandingan, Timbalan Naib Canselor HEP UM Datuk Hashim Yaakob pula bercadang agar pihak universiti bagi 16 pasukan menanggung RM20,000 itu bersama-sama dan pihak UM sudah berjanji menanggung RM1250.

Cadangan TNC itu menunjukkan bahawa pihak penganjur dan UM cuba mengalihkan tanggungan RM20,000 itu kepada setiap pasukan. Memandangkan kebanyakan pasukan tidak mewakili universiti masing-masing secara rasmi, penyertaan mereka tidak ditaja oleh pihak universiti.

Menurut maklumat daripada wakil salah sebuah pasukan, pihak penganjur pernah memaksa setiap pasukan membeli set VCD rakaman keseluruhan pertandingan itu yang berharga RM220. Keputusan pihak penganjur yang tidak memperolehi persetujuan daripada setiap pasukan terlebih dahulu itu memperolehi bantahan daripada kebanyakan wakil pasukan. Akhirnya, keputusan itu dibatalkan.

Apabila ditanya sama ada pembelian VCD itu juga
merupakan suatu pengalihan tanggungan RM20,000
daripada pihak penganjur kepada setiap universiti,
wakil pasukan itu mengakui bahawa mereka pernah
menimbulkan keraguan tetapi tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Pena Sakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved