StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 31, 2002 7:25 PM

Perlunya Reformasi dalam Pengajian Islam IPT Awam


Sejak Merdeka hingga kini, pengajian Islam telah
mengalami perkembangan pesat terutama ketika di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Natijahnya, dasar islamisasi kerajaan telah melahirkan
satu arus kesedaran Islam yang cukup besar sifatnya.
Sama ada mahu atau tidak, kredit harus diberikan
kepada kerajaan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang
selari dengan Islam.

Malangnya, perkembangan pendidikan Islam yang pesat tidak pula bermakna kita melahirkan ilmuan dan cerdik pandai Islam yang jujur dan ikhlas. Sebaliknya,
kebanyakan mereka yang mengaku ilmuan islam ini sedang menggunakan status mereka itu untuk memaksa orang Islam lain mengikut pandangan kelompok mereka sahaja.

Kita melihat situasi pengajian Islam di
Universiti-universiti tempatan berada dalam keadaan
parah. Para mahasiswa pengajian Islam, sebahagian
besarnya, sudah tidak berupaya menerima pandangan yang tidak sealiran dengan pandangan ustaz-ustaz mereka. Sifat dan sikap mereka memabayangkan fahaman taksub melampau sehingga enggan mendengar penjelasan orang lain. Bagi mereka Islam adalah hak mutlak segolongan pensyarah, ustaz dan pemimpin yang menyokong Pas sahaja.

Biarlah sedalam mana ilmu agama seseorang tetapi
sekiranya ia menyokong UMNO maka secara otomatik
mereka menganggap orang itu telah menyalahgunakan ilmu Islamnya. Bagi mereka Seorang lulusan al-Azhar pun sekiranya menyokong UMNO maka ia bukanlah ulama. Sebaliknya sekiranya seseorang itu mengaji pondok di India sahaja pun maka ia adalah ulama sekiranya ia menyokong PAS. Malah, orang yang tidak mempunyai ilmu agama yang mendalam pun dianggap ustaz sekiranya ia menyokong Pas. Seorang yang ditangkap basah juga adalah muslim sempurna sekiranya ia menyokong pas.
Demikianlah ilmu Islam golongan ini.

Beberapa tahun lalu pelajar-pelajar pengajian Islam di
Universiti Malaya yang menyokong kerajaan akan
diboikot dan dipandang rendah oleh rakan sefakulti
mereka. Malahan lebih menakutkan terdapat khabar angin yang mengatakan ada pensyarah yang akan mengurangkan markah atau menggagalkan pelajar yang cenderung ke arah kerajaan. Hasilnya, setiap kali pilihan raya kampus 98% undi pelajar Pengajian Islam akan pergi kepada kelompok calon tajaan Pas.

Masalah sebenarnya ialah bermula di Pra Akademi Islam Nilam Puri. Di sini adalah tempat bersarang
ustaz-ustaz Pas menjadi pensyarah. Apatah lagi dengan dasar UM dahulu yang menghantar pensyarah-pensyarah yang menyokong pembangkang ke Akademi Islam Nilam Puri-bagi mengelakkan masalah di kampus utama- telah menjejaskan minda para pelajar ini.

Satu kajian yang dibuat oleh penulis semasa di
Universiti Malaya mendapati kebanyakan pelajar Akademi Pengajian Islam UM yang menyokong kerajaan adalah datangnya daripada pelajar Tingkatan Enam. Manakala hampir 98% pelajar dari Pra-Pengajian Islam Nilam Puri adalah penyokong Pas. Dengan jumlah mereka yang besar bilangannya maka tidak hairan bahawa mereka dengan mudah mempengaruhi 'secara paksa' rakan mereka. Maknanya ada sesuatu yang tidak kena di Pra- Akademi Islam Nilam Puri yang memerlukan pemerhatian tegas kerajaan.

Kita tidak berniat untuk memaksa pelajar menyokong
kerajaan membuta tuli tapi yang menjadi masalah
sekarang ialah mereka menyokong Pas secara membuta tuli. Ini yang mengecewakan.

Oleh itu kita ingin menyeru supaya kerajaan merombak
semula sistem pengambilan pensyarah pengajian Islam di IPT AWAM dengan menempat para pegawai JAKIM dan IKIM yang berkelayakan sebagai penysarah. Maknanya, mereka yang akan menjadi pensyarah di IPT AWAM harus mendalami pengalaman dan pengetahuan sebagai pegawai Jakim dan IKIM buat beberapa tahun.

Akhir sekali kita menyeru supaya reformasi pendidikan
Islam di IPT awam dilaksanakan dengan segera demi
perkembangan Islam di Malaysia.


Halaman Utama

 

Oleh:

Jalil Backer

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved