StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:32 AM

IPTA hukum pelajar atas lapuran Media- Jonah


Komen webmaster:IPTA menghukum pelajar bukan kerana laporan media seperti yang didakwa oleh Jonah, tetapi berasaskan laporan polis. Kalau cerita itu tidak betul, kenapa 9 mahasiswa itu berada di IK. Setelah ditangkap, pelajar itu cuba menipu sebagai pekerja kilang dan suri rumah, walhal mereka adalah aktivis pelajar USM dan UTM. Di kalangan mereka ada yang berjawatan sebagai exco PMIUSM, exco Persatuan IKRAQ KUiTTHO dan bekas aktivis GAMIS(UUM). Jangan salahkan IPTA, jika IPTA mengambil tindakan tatatertib kerana aktivis mahasiswa itu sengaja 'menjerut leher' di IK. Mungkin Jonah bernasib baik, kerana polis tidak berminat untuk menangkapnya)

-------------

IPTA hukum pelajar atas laporan media-JONAH
Nara Duang Dean,Web Reformis

Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) didakwa menggunakan laporan akhbar sebagai sebab untuk menghukum pelajarnya yang didapati terlibat dalam politik.

Menurut aktivis mahasiswa, Khairul Anuar Ahmad Zainudin, pihak IPTA seringkali mengambil keputusan sendiri ke atas pelajar berkenaan sebelum pihak polis mengeluarkan pertuduhan.

Sebenarnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang ada sekarang ini memang tidak relevan dari segi hak asasi dan kebebasan bersuara dan sebagainya, dan universiti seringkali mempergunakan akta itu untuk tujuan menindas pelajar. Jadi pattern yang sering digunakan di universiti, biasanya clause mencemarkan baik nama universiti itu memang sering disalahgunakan.

Katanya, laporan akhbar digunakan sebagai bukti bahawa seorang itu telah mencemarkan nama baik IPTAnya.

Khairul berkata demikian merujuk kepada kes 9 orang pelajar IPTA yang terlibat dalam kes menceroboh bilik gerakan Barisan Nasional di Indera Kayangan baru-baru ini. Kesemua mereka akan dibawa ke balai polis pada 21 Januari ini untuk didakwa. Pihak IPTA difahamkan sedang menjalankan penyiasatan ke atas pelajar mereka masing-masing.

Seperti kes 7 mahasiswa yang ditahan di Masjid Negara. Ada universiti yang membuang pelajar pada hari berikutnya apabila keluar dalam akhbar.

Khairul turut menegaskan bahawa pelajar yang mencapai umur 21 tahun ke atas, sebenarnya berhak untuk berpolitik.


Halaman Utama

 

Oleh:

Web Reformis

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved