StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 22, 2002 11:35 AM

14 NGO bantah tindakan USM


Sumber: Buletin Berita Keadilan, 15 Feb 2002

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengeluarkan keny-ataan bersama untuk menyokong 6 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah diambil tindakan tatatertib.

Di bawah pimpinan Persatuan Siswazah Lihua Kuala Lumpur dan Selangor (Lihua), satu pertubuhan alumni Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) USM, NGO-NGO itu mengambil berat terhadap amalan demokrasi di kampus USM.

"Kami berasa kesal dengan tindakan USM mengenakan tindakan tatatertib terhadap 6 orang pelajar atas tuduhan penglibatan mereka dalam aktiviti isu semasa," kata Lee Fook Lin sebagai presiden Lihua.

"4 orang pelajar telah digantung pelajaran mereka selama satu semester walaupun cuma tinggal beberapa minggu untuk menamatkan pengajian mereka. Dua orang didenda atas tuduhan penglibatan dalam aktiviti bantahan ISA dan anti sekolah wawasan," kata Lee.

Keenam-enam pelajar itu adalah presiden PBT Lee Yen Ting, setiausaha agung Choo Chon Kai, Loke Chee Hoe, Nurul Fatean, Yap Yih Chyuan dan Ng HuiYee.

Lee dituduh melanggar Kaedah Universiti dengan terlibat dalam perhimpunan haram Mem-bantah Rancangan Sekolah Wawasan yang diadakan pada 17 November 2000 di tepi jalan Sungai Dua, Pulau Pinang.

Tuduhan kedua menyatakan bahawa Lee terlibat dalam perhimpunan beramai-ramai di ha-dapan pejabat HEP pada 1 Ogos 2001 sempena hari perbicaraan tatatertib 4 orang pelajar PBT. Tuduhan ketiga menyatakan bahawa Lee mengingkari arahan Pengarah Jabatan Keselamatan dan tidak berjumpa dengan pegawai yang berkenaan.

Lee digantung tempoh pengajiannya selama 1 semester dan denda RM200.

Tuduhan pertama Choo menyatakan bahawa dia menjual sebuah lencana "Mansuhkan ISA Zalim' kepada seorang kakitangan universiti dengan harga RM2 dan disabit bersalah di bawath Kaedah Universiti. Tuduhan kedua berkaitan dengan perbuatannya yang menampal dan mempamerkan poster Mansuhkan ISA Zalim di bilik PBT, Pusat Pelajar USM, tanpa kebenaran HEP.

Choo juga dituduh ada pada dirinya 9 buah lencana yang sama. Dia dihukum gantung selama 1 semester.

Loke dan Fatean dituduh terlibat dalam perhimpunan haram Membantah Rancangan Sekolah Wawasan dan digantung pengajian selama 1 semester. Yap dan Ng dihukum bersalah dan denda RM150 sebab memiliki bahan-bahan bercetak yang boleh menimbulkan ketidakdisiplinan sebagai seorang pelajar.

Pertubuhan-pertubuhan yang menyokong kenyataan bersama adalah Lihua, Suaram, Hakam, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Jawatankuasa Suqiu, Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Perikatan Penulis Media Independen (Wami) dan Just World.

Pertubuhan pemuda yang turut menyokong kenyataan bersama termasuk Persatuan Graduan dan Belia Selangor dan Kuala Lumpur, Red Rose Youth Center, Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), New Vision Studio dan Seksyen Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan.

Susulan daripada itu, aktiviti PBT, termasuk AGM yang sepatutnya diadakan pada Januari 2002, telah ditangguhkan oleh pihak HEP.

Lee Fook Lin menegas, tindakan tatatertib USM telah menyekat hak kebebasan mengadakan aktiviti dan mengambil bahagian dalam aktiviti pelajar, apatah lagi hak kebebasan bertutur, berhimpun dan hak asasi manusia yang lain. - BK


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved