StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Kakitangan empat IPTA minta jelaskan akujanji


Oleh Magendran Rajagopal,Berita Harian, 2 Mac 2002

KUALA LUMPUR, Jumaat Kakitangan akademik empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahu Kementerian Pendidikan memberi penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara yang termaktub dalam akujanji walaupun pada dasarnya bersetuju menandatanganinya.

Wakil dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga mahu menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad sebelum tarikh akhir menandatangani akujanji, 31 Mac ini.

Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Ali Dina, berkata wakil IPTA berkenaan mengadakan satu pertemuan di Shah Alam Rabu lalu dan memutuskan mendapatkan penerangan daripada Musa mengenai beberapa isu.

"Umpamanya, seorang ahli akademik tidak dapat mengelak daripada membincangkan atau merujuk kepada beberapa contoh mengenai dasar dan ketetapan kerajaan, terutama dalam pengajian sains politik, ekonomi, sains sosial, undang-undang dan beberapa bidang pengajian lain.

"Oleh itu, satu garis panduan jelas dengan alasan munasabah perlu ada supaya isu yang dibangkitkan semasa kuliah di IPTA semata-mata untuk tujuan akademik, tidak disalah tafsir pihak tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan serta syak wasangka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini,

Beliau berkata, wakil IPTA berkenaan juga ingin mendapat penjelasan mengenai beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti termaktub dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ali yang juga mewakili Persatuan serta Kesatuan Kakitangan Akademik IPTA, menjelaskan bahawa perjumpaan 27 Februari lalu juga pada dasarnya bersetuju merangka cadangan penggabungan semua pertubuhan berkenaan.

Katanya, langkah itu bertujuan merapatkan hubungan di kalangan kakitangan akademik IPTA.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved