StatTrack
free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, January 26, 2002 12:32 PM

Naib Canselor USM kesal sikap media


KOTA BHARU, 26 Jan - Naib Canselor Universiti
Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dzulkifli Abdul
Razak, melahirkan rasa kesal sikap media yang sering
menyiarkan tentang kemerosotan pelajar Melayu
berbanding bangsa lain.

Jelasnya, beliau tidak nampak perkara ini berlaku
kerana sebenarnya pelajar Melayu khususnya di USM
cemerlang bahkan setanding dengan bangsa lain.

"Jadi, saya tidak faham kenapa perkara sebegini sering
dilaporkan oleh media masa," ujarnya. Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Perutusan Tahunan, Meneroka Ke Arena Antarabangsa: Agenda Untuk Transformasi ketika diminta mengulas perkara itu.

Menurutnya lagi, pelajar Melayu tidak pernah
terpinggir atau merosot dalam pencapaian pengajian
mereka. "Bahkan sepanjang tahun lalu contohnya, USM
mencapai pelbagai kejayaan demi kejayaan menerusi
penyelidikan masing-masing hingga mendapat
pengiktirafan antarabangsa," ujarnya.

Menurutnya lagi, USM Cawangan Kelantan juga tidak
terkecuali mempunyai pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik. Terdahulu, dalam ucapan perutusannya beliau berkata, persaingan penyelidikian dan pembangunan di peringkat antarabangsa telah banyak dicapai oleh USM tahun lalu hingga menerima lebih dari 30 hadiah berasaskan hasil kereatifpenyelidikan.

Tegasnya, ia suatu bilangan yang paling banyak dalam
setahun sepanjang sejarah penubuhannya. "Sesetengahnya
adalah hadiah yang diraih buat kali pertama dan
merupakan satu-satunya pencapaian untuk Malaysia,"
ujarnya.

Tambahnya lagi, antaranya ialah 11th Biwako Ecology
Award, Asian Innovation Awards 2001 dan Islamic
Educational, Scientific and Cultural Organisation
(ISESCO) 2001 Award.

Malah, tambahnya dalam Asian Innovation Awards 2001 yang dikendalikan oleh The Far Eastern Economic Review (FEER), antara 20 senarai terakhir pemenang, 5 adalah daripada Malaysia di mana tiga daripadanya diwakili oleh para penyelidik USM.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili USM ingin
mengucapkan tahniah pada mereka yang telah
mengharumkan lagi nama Unviversiti melalui titik peluh
mereka.

"Sebagai pengiktirafan USM telah membentuk satu
paparan khasnya dikenali sebagai 'Sanggar Sanjung'
bagi menyatakan penghargaan Universiti pada mereka
yang telah menyumbang kepadanya," ujarnya


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Harakah

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved