StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 31, 2002 7:04 PM

Bangsa Melayu diancam ideologi kemunduran


AgendaDaily, 31 Jan

KUALA LUMPUR,Rabu 30 Jan - Bangsa Melayu sedang diancam ideologi kemunduran yang menggoda mereka supaya bersikap ragu-ragu tehadap kemajuan,
pembangunan dan modenisasi, kata Pengetua Kolej Ibu
Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya
Dr Aminuddin Mohd Yusof.
"Ideologi itu kadang-kadang menyusup masuk ke
celah-celah kehidupan pelajar melalui penolakan
terhadap modenisasi dan menjadi halangan kepada
pergerakan dan penyertaan pelajar wanita," katanya
ketika berucap pada Malam Anugerah Ibu Zain di Dewan Canselor Tun Abdul Razak malam tadi.

Beliau mengingatkan pelajar terhadap bahaya ideologi
ini yang akan menyebabkan mereka mundur, bersikap
militan, anti kemajuan dan lari dari modenisasi.

Beliau gembira kerana acara Majlis Anugerah Tahunan
Ibu Zain itu memperlihatkan transformasi para pelajar
ke arah keterbukaan minda dan penerimaan terhadap
nilai-nilai budaya yang baik.

Majlis yang bertemakan `Jejak Bertapak Seorang Patriot - Satu Anugerah' telah diserikan dengan tarian-tarian oleh pelajar pelbagai kaum termasuk pelajar wanita Melayu.

Tema majlis itu dipilih bagi mengenang jasa
Allahyarham Tun Abdul Razak.

Anak Allahyarham Datuk Seri Najib turut hadir sebagai
tetamu kehormat pada majlis itu.

Prof Madya Aminuddin berkata: "Sangatlah membanggakan anak muda generasi baru memilih untuk mengenang pejuang kemerdekaan dan patriot pembangunan ini; satu isyarat penghormatan dan kekaguman yang tinggi daripada generasi yang tidak dapat menyaksikan sendiri ketika Allahyarham Tun beraksi".

"Tidak syak lagi Allahyarham Tun Razak merupakan satu anugerah yang tiada tolok gantinya khasnya kepada orang Melayu dan amnya kepada Malaysia.

"Perjuangan patriotik bangsa ini menjadi semakin cukup
signifikan pada masa ini ketika bangsa kita
kadang-kadang diancam oleh ideologi kemunduran yang menggoda mereka supaya bersikap ragu-ragu terhadap kemajuan pembangunan dan modenisasi", katanya.

Menurut beliau, patriot seperti Allahyarham Tun Razak
mahu anak-anak diberi pendidikan sempurna untuk
membawa mereka keluar dari kemunduran supaya "moden dicari dan agama dibela".

Hasrat dan usaha Tun Razak direalisasikan melalui
transformasi manusia dan diharapkan anak Melayu
dibebaskan dari kehidupan yang dihimpit budaya
kemiskinan kepada kehidupan yang lebih global dan
kosmopoitan, katanya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Dr. Aminuddin

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved