StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Wednesday, January 16, 2002 9:27 PM

Pak Lah nasihatkan pelajar IPT berkecuali


KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengelakkan diri daripada terdedah dengan perkara yang boleh menyebabkan mereka menerima label tertentu yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelajar perlu mengambil sikap berkecuali dan menumpukan sepenuh perhatian serta tangungjawab dalam pengajian masing-masing.

Kadang-kadang salah mereka sendiri yang menyebabkan ada usaha melabelkan pelajar, pihak ini begini, pihak itu begitu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berharap, pelajar mengambil pendirian berkecuali selain berusaha menjadi pelajar baik dan cemerlang kerana akhirnya mereka akan menjadi anggota masyarakat yang turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan 550 pelajar IPT Awam daripada sebelas universiti tempatan, di sini, semalam, Abdullah berkata amalan melabelkan pelajar boleh menimbulkan suasana tidak baik dalam usaha membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan dan pelapis yang akan mewarisi masa depan negara.

Pelajar sepatutnya mengisi dada mereka dengan ilmu dan menjalankan tanggungjawab lebih besar pada masa depan, kata Abdullah.

Beliau, dalam dialog sebelum itu, banyak pelajar melahirkan rasa kurang senang dengan amalan melabelkan mereka dengan tuduhan tidak tepat dan menyinggung mereka.

Perjumpaan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan untuk membolehkan peserta memahami isu semasa dan dasar pendidikan negara, selain memberi kefahaman dan bertukar fikiran sesama mereka. Turut hadir Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad.

Abdullah berkata memandangkan banyak pelajar masih belum menerima maklumat secukupnya atau kekurangan fakta terhadap isu semasa, pihak kerajaan mengarahkan supaya dialog seumpama ini diteruskan dengan lebih kerap pada masa depan.

Beliau berkata semua pelajar perlu diberi maklumat secukupnya supaya mereka dapat memahami dan memberi penjelasan kepada pihak lain terhadap isu yang ditimbulkan.

Selaras dengan matlamat ini, katanya, mesyuarat Majis Perwakilan Pelajar yang dijadualkan awal bulan depan, akan merangka strategi bagi mengadakan dialog itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah meminta pelajar berfikiran terbuka dengan sebarang isu yang timbul dan mengelakan diri daripada berfikiran sempit dalam menangani sesuatu permasalahan.

Katanya sesuatu masyarakat tidak akan berkembang selagi mereka tidak membebaskan diri daripada belenggu jumud dan ini merugikan usaha membangunkan bangsa pada masa depan.

Kita patut bersyukur kerana negara kita mampu mencapai kemajuan pesat, dapat membina ekonominya sendiri dengan menggunakan kaedah kita sendiri tanpa meminta bantuan negara luar, kata beliau.


Halaman Utama

 

Oleh:

Berita Minggu

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved