StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 22, 2002 11:35 AM

Bekas Setiausaha GAMIS didenda RM100.


BEKAS SETIAUSAHA GAMIS DIDENDA RM100.

Oleh

Wartawan IM

Bekas Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Faisal Abdul Rahman, telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 kerana pertuduhan 'menjalankan urusan sebagai Setiausaha Agung Gamis, pada sesi 2000/1 dan perbuatan yang telah merosakkan nama baik universiti serta melanggar kaedah 3(a)(I) kaedah-kaedah Universiti Malaya, 1999'

Manakala tuduhan kedua 'menjalankan kegiatan luar kampus dan telah mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada UM yang telah melanggar kaedah 13(1), kaedah-kaedah UM, 1999' telah digugurkan kerana tidak cukup bukti.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu telah menghadiri pembicaraan tatatertib yang diadakan pada 30 Januari 2002, jam 2.30 petang, di bilik Mesyuarat Perdana 1, Kompleks Perdanasiswa.

Sebelum ini, Kamarulzaman Abdullah (bekas Presiden GAMIS) diberi amaran keras oleh pihak pentadbiran USM manakala Shazwan Dzulkifli (bekas Naib Presiden) digantung satu semester berkuatkuasa November oleh pentadbiran UUM.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved