StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, March 16, 2002 9:53 PM

Punca kebakaran dewan UTM


Metro Ahad-09 March 2002

SKUDAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesan kebakaran Dewan Sultan Ismail universiti itu, awal pagi 8 Mac lalu, bermula di beberapa bahagian di atas pentas dewan, termasuk di langsir.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, berkata siasatan awal juruelektrik dan pakar UTM mendapati terdapat dua hingga tiga kesan kebakaran di atas pentas termasuk di langsir.

Katanya, siasatan awal itu turut mendapati punca kebakaran daripada litar pintas agak kurang.

“Kemungkinan besar ia bukan kerana litar pintas. Ini kerana kita tidak banyak guna tenaga elektrik pada malam kejadian, selepas semua sistem elektrik ditutup. Malah, semua sistem elektrik baru diperiksa bulan lalu.

“Punca api (kebakaran itu) senang saja. Kalau ada pemetik api dan rokok yang dibakar kepada langsir. (Siasatan awal) kami mendapati punca api datang dari dua tiga tempat dari atas pentas dewan dan mungkin langsir.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada ia kesan api rokok atau sumber lain sama ada ia disengajakan atau tidak," tegasnya sambil memberitahu hasil siasatan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di universiti itu, semalam bagi memberi gambaran berhubung kejadian itu. Siasatan awal polis menyifatkan kejadian berpunca daripada litar pintas, tetapi siasatan lanjut diteruskan.

Kelmarin, akhbar memetik sumber-sumber menyatakan kebakaran pentas, tirai dan pelbagai peralatan di Dewan Sultan Ismail itu, walaupun disifatkan tidak serius, namun terdapat unsur khianat dan sabotaj.

Berikutan kejadian itu juga, Dr Mohd Zulkifli berkata, UTM akan mengetatkan kawalan di beberapa bangunan lain termasuk pentadbiran dan makmal, sekali gus memastikan kejadian seperti itu tidak berulang pada masa depan.

UTM juga, katanya, tidak berhasrat menangguhkan beberapa majlis sambutan ulang tahun ke-30 pada 14 Mac dan konvokesyen yang dijadual pada 16 dan 17 Mac ini ekoran kejadian itu.

Dr Mohd Zulkifli tidak menolak kemungkinan kebakaran dewan itu berpunca daripada perbuatan khianat, berikutan tindakan disiplin tegas pihak universiti terhadap pelajar, pensyarah dan stafnya, sejak kebelakangan ini.

Malah, beliau tidak menolak andaian perbuatan itu sebagai sabotaj dan khianat terhadap sambutan ulang tahun Ke-30 UTM yang akan dirasmikan Sultan Johor 14 Mac ini dan majlis konvokesyen pada 16 dan 17 Mac.

“Andaian kita ini berdasarkan tindakan universiti yang sudah mula mengambil tindakan tegas (terhadap pensyarah, pelajar dan stafnya yang terbabit dalam kegiatan anti kerajaan atau yang bertentangan kod etika universiti) sejak kebelakangan ini.

“Kita mengambil sikap tegas dalam banyak isu. Kemungkinan ini (sabotaj dari pihak dalaman) juga bermain di fikiran kita,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UTM sudah mengambil pelbagai tindakan tegas dalam banyak hal membabitkan disiplin pelajar, pensyarah mahu pun stafnya.

Tegasnya lagi, UTM tidak berhasrat untuk bertolak ansur dalam hal berkaitan disiplin terutama membabitkan kegiatan anti kerajaan atau bertentangan kod etika yang perlu dipatuhi pensyarah.

“Mereka perlu menunjukkan prestasi memuaskan dan berkelakuan sebagai seorang pensyarah.

“Kita sudah hantar mesej cukup jelas supaya mereka menepati sasaran untuk capai kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembelajaran,” tegasnya.

Beliau tidak menafikan terdapat kumpulan yang tidak bersetuju dengan langkah tegas itu, mungkin mengambil tindakan agak ekstrim


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved