StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Thursday, March 21, 2002 9:24 PM

Universiti perlu pantau pelajar elak diperalat


Sumber: Berita Harian, 20 Mac 2002

Kuala Lumpur, Selasa: Pentadbiran universiti perlu mengawasi kegiatan pelajar masing-masing dan mengambil tindakan tegas supaya mereka tidak terbabit kegiatan tidak sewajarnya, termasuk berbentuk kepartian dan militan.

Mastika Junaidah Husin (BN-Arau) berkata, pelajar universiti perlu dilindungi daripada dipengaruhi atau diperalatkan oleh mana-mana parti politik.

Merujuk penangkapan tujuh pelajar yang menyamar sebagai petugas BN pada pilihan raya kecil Indera Kayangan pada Januari lalu, beliau berkata kes itu membuktikan pelajar universiti memang diperalatkan parti pembangkang.

“Selama ini apabila kita menyatakan parti pembangkang memperalatkan pelajar, mereka menafikan sekeras-kerasnya.

“Tetapi berkat kebenaran yang kita tegakkan selama ini, tupai yang megah meloncat-loncat dari satu dahan ke satu dahan lain akhirnya jatuh ke tanah juga,” katanya berucap membahaskan Titah Ucapan Diraja.

Sehubungan itu, Mastika meminta kerajaan mengumumkan hasil siasatan terhadap tujuh pelajar terbabit yang dikatakan diarah pemimpin parti pembangkang berbuat demikian.

Katanya, lebih membimbangkan pelajar berkenaan, iaitu tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan empat pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), juga menunjukkan sikap degil dan militan ketika disoal siasat.

“Saya simpati kepada pelajar berkenaan kerana terpengaruh dengan politik pembangkang,” katanya sambil menambah kes itu membuktikan kebenaran pendedahan bekas pelajar wanita UKM mengenai kegiatan militan di kampus tahun lalu.

Sementara itu, Amilhamzah Ahmad (BN-Lipis), ketika meminta penjelasan Joseph Mauh Anak Ikeh (BN-Selangau), bertanya apa yang dilakukan pensyarah universiti sehingga prestasi pelajar tidak memuaskan.

Katanya, mesti ada sesuatu yang tidak kena di universiti memandangkan hanya 26 peratus pelajar mendapat keputusan cemerlang sedangkan mereka adalah antara pelajar terbaik di negara ini.

“Sebab itulah mesti ada Akujanji supaya pensyarah tidak mengajar politik kepada pelajar,” katanya.

Sebelum itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Kuala Terengganu) berkata, langkah mewajibkan pensyarah dan pelajar universiti menandatangani Akujanji bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.

Beliau mendakwa, Akujanji itu hanya bertujuan menutup mulut pensyarah dan pelajar universiti daripada mengkritik kerajaan.

“Jenis pelajar apa yang ingin kita lahirkan,” katanya.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved