StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, January 26, 2002 12:36 PM

SOS-DAP-DEMA Bantu Calon Keadilan di Indera Kayangan


Setiap kali pilihanraya kecil yang melibatkan kawasan
pengundi cina, maka parti DAP memakai jenama NGO Save Our School(SOS)akan turun padang berkempen untuk parti pembangkang.

Di Indera Kayangan(IK), SOS yang datang berkumpulan
lebih kurang seramai antara 20-50 orang, bekerja keras
memastikan calon keadilan memenangi pilihanraya
tersebut.

Antara bentuk kempen yang dijalankan adalah
berceramah(dipentas keadilan); merayu undi dari rumah
ke rumah; menganjurkan pesta tanglung dan tandatangan sokongan SKC Damansara dan merayu undi pada hari penamaan pengundian.

1. Seorang wakil SOS, berkempen di pentas Keadilan,
Jln. Seruling pada 10 Jan, bercakap dalam bahasa cina
dan sedikit terjemahan dalam bahasa Melayu. Ucapannya menyentuh mengenai kekejaman kerajaan menutup SKC Damansara lama yang menjadi teras kebudayaan masyarakat Cina. Kemenangan BN bermakna proses pengekalan sekolah lama akan terbantut.

2. SOS dengan kerjasama Keadilan(Cina) menganjurkan Pesta Tanglung dan acara menandatangani sokongan sekolah Damansara(lama), di Taman Mutiara, Kangar pada 17 Jan, jam 8.30 malam. Majlis itu dirasmikan oleh Wan
Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan. Sebelum
itu, sebuah 'replika' tanglung raksasa telah
dinyalakan dan diterbangkan ke udara sebagai
melambangkan'pembuangan kuasa jahat'. Replika yang
diterbangkan itu telah terkandas di pokok dan hangus
terbakar. Menurut pengerusi majlis, replika yang
terbakar itu melambangkan kepimpinan kerajaan BN yang telah ditewaskan.

Sebelum itu, seorang wakil SOS telah berucap dengan mendakwa sepanjang berada di IK, SOS gagal untuk mendapatkan tandatangan sokongan daripada pimpinan MCA, maka pada malam ini, Wan Azizah telah bersetuju untuk menandatangani 'watikah sokongan' sebagai tanda persetujuan parti keadilan terhadap perjuangan SOS. Kira-kira 300 orang cina menyaksikan program tersebut.

3. Sekumpulan ahli SOS telah berkempen dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai cina dengan membawa bendera tiga segi(kecil-warna kuning) dan pamplet pada 18 Jan 2002. Program yang bermula pada 9.00 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang dan berakhir di tempat permulaan kempen iaitu di Pejabat Keadilan Pusat bandar Kangar.

4. Ahli-ahli SOS dipecahkan mengikut kelompok kecil
berada di tempat-tempat merayu undi iaitu, di SRJK
Tamil, SM Syed Hassan, SRK Putra, SK Seri Perlis,
SRJ(K) Khoon AIK dan SMK Perlis, untuk merayu undi
bagi pihak calon keadilan pada 19 Jan.

Ahli-ahli SOS mudah dikenali identitinya kerana
kumpulan mereka akan memakai baju t-shirt putih yang
disebelah belakangnya tertera tulisan merah 'SOS'.

Sebelum dan selepas pilihanraya kumpulan ini menyusup masuk dalam pertubuhan dan kelab cina berdaftar atau tidak berdaftar dengan memainkan peranannya masing-masing.

Di dalam kampus SOS menjelma sebagai DEMA, sebuah gerakan sulit cinayang diharamkan di IPTA.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Anonymous

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved