StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:36 AM

Akujanji: Beri pelajar taklimat- TPM


KUALA LUMPUR 9 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Pendidikan memberikan penerangan kepada pelajar yang menghadapi masalah untuk memahami isi kandungan Akujanji.

Beliau berkata, sesi penerangan tersebut perlu dibuat sebelum Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersidang, Mac ini.

Beliau mengakui wujudnya rungutan di kalangan pelajar kerana tidak dapat memahami dengan jelas isi kandungan Akujanji tersebut.

``Usaha untuk memberi pemahaman itu perlu dibuat. Perkara ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad boleh lakukan,'' katanya selepas berdialog dengan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan barisan kepimpinan MPP IPTA hari ini yang mahu mengkaji terlebih dahulu isi kandungan Akujanji sebelum menurunkan tandatangan masing-masing.

Abdullah berkata, pihaknya difahamkan terdapat istilah undang-undang yang kurang difahami oleh pelajar yang terkandung dalam akujanji itu.

``Tidak semestinya perlu ditukarkan perkataan-perkataan dalam Akujanji itu tetapi dijelaskan maksud dan sebabnya,'' katanya.

Beliau menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan sama ada mahu menukarkan istilah-istilah itu sebelum memberi penerangan atau sebaliknya.

``Soalnya adakah hendak tulis semula kepada bahasa yang lain atau kekalkan bahasa itu dan diterangkan kepada pelajar,'' katanya.

``Mereka tidak menentang Akujanji tersebut,'' tambahnya.

Selain itu, Abdullah meminta Kementerian Pendidikan mempercepatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam beberapa kes kelewatan yang dihadapi oleh pelajar.

Sementara itu dalam ucapannya, Abdullah mengingatkan pelajar supaya menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk kepentingan negara yang bakal berdepan dengan cabaran yang lebih hebat daripada pihak-pihak terbaik di dunia.

``Kita kena bersaing dengan yang terbaik sekali, bukannya yang kedua terbaik,'' katanya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber Mingguan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved