StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 22, 2002 11:36 AM

Mahasiswa Idealis Politik Profesionalis


OLEH: NORDIN BIN ACHIE
Jabatan Sejarah UM

GERAKAN mahasiswa, dunia akademik dan pergerakan politik sudah sebati dengan warga kampus. Gerakan mahasiswa bermula dengan perlahan. la mencapai kemuncaknya sekitar 1970-an. Sejak akhir 1990-an. gerakan mahasiswa memperlihatkan dekadensinya.

Kampus agak lesu dan lengang berbanding sebelumnya. Dunia akademik berkembang subur merentasi dekad dan zaman. Sumbangan utamanya melestarikan kecemerlangan ilmu. membangunkan rakyat dan memajukan negara. Ini mengangkat martabat universiti sebagai gedung ilmu dan rimba bagi ahli akademik. Dua perkembangan ini sentiasa stabil. Sesekali. ia bergegar akibat letupan isu nasional. Peristiwa 13 Mei 1969 dan pemecatan Anwar Ibrahim 2 September 1998. menyebabkan kewibawaan parti pemerintah tercabar.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, warga kampus turut terheret dalam kancah pergolakan politik. ia tidak dapat dielakkan.

GERAKAN MAHASISWA : ARUS PERUBAHAN DAN ARAH PERGOLAKAN

Ekoran kemenangan kumpulan mahasiswa yang ditaja oleh Persatuan Mahasiswa Islam dalam pilihanraya perwakilan mahasiswa sejak pertengahan 1990-an. sesetengah pihak berpendapat kampus 'dikuasai' oleh mahasiswa pro-pembangkang atau anti-estsabelisment.

Pendapat ini boleh dipertikaikan. la lebih bersifat propaganda. Ini menyebabkan sesetengah pihak khususnya pemimpin kerajaan melihat pengaruh dan masa depan mereka semakin lemah. Bagi pihak pembangkang pula, mereka berpendapat ia sebagai tanda kemenangan mereka pada masa akan datang.

Kedua-dua kesimpulan ini tidak menyeluruh dan kedua-dua pihak tidak wajar berperang dengannya secara semberono.

Setakat ini. belum ada kajian ilmiah yang dilakukan secara menyeluruh dan mendalam terhadap pendirian dan pemikiran politik mahasiswa sama ada dengan methodologi sejarah dan sosiologi. Ini menyebabkan kedudukan mahasiswa sebenar tidak dapat ditentukan secara pasti. Sejauhmanakah benar dakwaan kampus 'dikuasai' oleh golongan pro pembangkang dan anti establisment?

Apakah wajar keputusan pilihanraya kampus khususnya mulai pertengahan 1990-an itu dijadikan asasnya semata-mata?

Kebimbangan terhadap penularan penganih pembangkang di kampus menjadi semakin hangat apabila pemimpin BN-UMNO turut memberikan reaksi langsung. Abdullah Ahmad Badawi. Mustafa Mohammad dan Hishamuddin Hussien sentiasa mengesa UMNO agar mendekati mahasiswa. la jelas menunjukkan kebimbangan UMNO terhadap kelunturan pengaruh dan sokongan mahasiswa.

Pemimpin pembangkang pula menanggapinya sebagai satu asas pengukuhan masa depan politik di peringkat nasional. Tetapi sesetengah penulis yang ghairah dan gopoh terus membuat kesimpulan dangkal. Mereka merupakan lidah propaganda yang mempelopori 'teori tanpa asas' terhadap pendirian dan pemikiran mahasiswa. Setidak-tidaknya. mereka berjaya menanam keresahan terhadap pemimpin BN-UMNO.

Tidak dapat dinafikan usaha menguasai kepimpinan mahasiswa Melayu Islam di kampus bermula sejak perte-ngahan 1980-an lagi. la dimulakan dengan mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam. Seterusnya. ia merebak ke persatuan anak negeri. persatuan akademik, Persatuan Kebudayaan dan Sukan, kolej kediaman dan pusat matrikulasi.

Gerakan ini berjaya menguasai hampir keseluruhan tampuk kepimpinan persatuan-persatuan tersebut menjelang akhir pertengahan pertama 1990-an. Bagi sesetengah kepimpinan mahasiswa. ia dilihat sebagai gelombang kebangkitan Islam di kampus. Kemuncaknya ialah perebutan antara golongan proPAS dengan proBN dalam pilihanraya Majlis Perwakilan mahasiswa.

Sejak akhir 1990-an khususnya selepas pemecatan Anwar Ibrahim mahasiswa proBN berpecah dan hampir lumpuh. PKPIM yang dulunya menjadi tulang belakang mahasiswa proBN tidak lagi sehaluan dengan mahasiswa proBN-UMNO.

Ini menyebabkan MPP berjaya dikuasai oleh mahasiswa proPAS dengan mudah apatah lagi sejak mereka berkerjasama dengan PKPIM. Penguasaan mahasiswa propembangkang terhadap tampuk kepimpinan persatuan di kampus akan berterusan dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan lagi. Tetapi, ini bukanlah bermakna majoriti mahsiswa juga propembangkang.

Berdasarkan tinjauan rambang sejak awal 1990-an. mahasiswa yang 'totok' propembangkang tidak melebihi 20% (jika dilihat dari segi komitmen tehadap perjuangan Islam dan jentera pilihanraya kampus). Kebanyakkan mereka terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam. Begitu juga mahasiswa proUMNO-BN (di kalangan mahasiswa Melayu dan India jika dilihat dari aspek jentera pilih antara dan pengyokong setianya).

Majoriti mahasiswa Tionghua pula lebih berminat kepada perjuangan DAP. Tetapi dalam pilihanraya kampus (kecuali selepas mahasiswa proUMNO-BN demi menjamin kemenangannya. Oleh itu, apakah pendirian dan pemikiran politik 60% mahasiswa yang lain?

Mereka adalah faktor penentu kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa.Berdasarkan tinjauan rambang ini, 60% mahasiswa boleh dikatakan sebagai berkecuali. Mereka bukan ahli (pendokong) kepada mana-mana parti politik (mahasiswa) di kampus. Mereka memilih parti dan calon berdasarkan penilaian peribadi. Sentimen kepartian tidak mempengaruhi pendirian mereka. Sebaliknya. mereka lebih tertarik kepada faktor keperibadian. kepimpinan dan kesediaan berbakti kepada warga kampus khususnya dan masyarakat umumnya.

Faktor perkauman, persahabatan, kenegerian dan strategi kempen juga diambilkira di samping rekod kepimpinan kedua-dua pihak.

Mereka juga bersikap berkecuali terhadap parti politik nasional dan tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik. mereka merupakan golongan majoriti senyap yang mahu memper-tahankan sikap profesional. Ini dapat dilakukan dengan golongan berkecuali seperti yang dilakukan di kampus dahulu. Mereka berpendapat ini merupakan jalan terbaik untuk mengelakkan pengaruh 'bias'.

Jika mereka menjadi parti politik tertentu mereka akan terikat dengan perlembagaan dan kepentingannya juga. Bahkan, mungkin dalam keadaan tertentu mereka terpaksa menegakkan benang yang basah akibat sentimen kepartian. la bertujuan mempertahankan imej dan kepentingan parti. Inilah kemelut yang ingin diatasi. la dapat dielakkan dengan mengambil pendirian berkecuali dan bersikap profesional.

IDEALISME MAHASISWA:PRINSIP DAN PROKLASMASI POLITIK

Golongan ini mempunyai pendirian yang tegas terhadap isu-isu semasa. Mereka berani dan bebas mengkritik mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negara. Semasa di kampus. mereka menjadi pemerhati politik yang tajam akibat persaingan sengit sesama mahasiswa. Mereka mencapai kematangan berfikir khususnya dalam konteks politik sejak di kampus lagi. la diteruskan setelah mereka bergelar graduan dan menjejaki alam pekerjaan. Apabila bercakap mereka lebih mirip kepada ahli akademik, bukannya ahli politik.

Segelintir kecil sahaja golongan ini yang bercita-cita politik setelah tamat pengajian. Sebahagian besarnya. masih bersikap berkecuali. Mereka lebih mengutamakan rasionalisme dan idealisme berbanding rakannya yang memihak cenderung diselubungi sentimen kepartian dan emosional. Walaupun pada asalnya mereka berkecuali. tetapi mereka juga bersikap memihak dalam isu tertentu. Sebenarya. mereka hanya memihak terhadap isu dan bukannya kepada parti. Keadaan ini kerap disalahertikan. Sesetengah-nya akan dituduh pembelot, lalang dan jerung!

Dalam isu tertentu mereka seperti menyokong pihak A, pada masa yang lain pula pihak B. Mereka sebenarnya tidak berpendirian politik. sokongan yang diberikan (secara tidak langsung) kepada mana-mana pihak hanyalah kebetulan sahaja. Oleh sebab mereka bukan ahli kepada mana-mana parti, persoalan parti bukan menjadi perkara penting.

Sebaliknya, mereka menyatakan pendirian berasaskan isu yang dibahaskan semata-mata. Mereka menilai sesuatu isu berteraskan kebenaran, keadilan dan kepentingan nasional. la tidak dilihat dari kaca mata pemimpin parti politik atau negara sekalipun. Ini kerana mereka juga tidak dapat lari daripada hakikat kepentingan politik.

Mereka bukan pengikut mana-mana pemimpin. Kon-sep 'lead no party and follow no leader' menjadi pilihan mereka. Golongan ini bimbang menjadi pengikut fanatik dan chauvinistik. Pengikut sedemikian mudah diperalatkan demi kepentingan politik pemimpinnya sama ada dalam konteks parti atau nasional. Pemimpin bukan subjek bagi mereka tetapi kepimpinannya yang menjadi ukuran. Siapa yang memimpin, itu bukanlah persoalan utamanya. Tetapi. bagaimana dia memimpin, itu yang menjadi perhatian mereka. Mereka bersikap terbuka, kritis dan futuristik.

Jika kedudukan mereka diletakkan antara dua pihak yang bertentanga,. mereka berperanan sebagai pengimbangnya. Apatah lagi dalam keadaan hampir kesemua NGO akhirnya mengambil keputusan memihak dalam isu tertentu. Dalam keadaan genting ini. mereka tetap tidak sampai ke pihak yang sepatutnya. la menyebabkan mereka dilabelkan sebagai golongan majoriti senyap. Mereka juga bukanlah ahli akademik yang sesetengahnya juga bersikap memihak. Mereka ahli akademik dalam konteks menangani gelora politik.

Semasa di kampus, golongan ini tidak aktif dalam kegiatan berpersatuan. Mereka lebih mengutamakan tanggungjawab akademiknya mungkin juga kerana beban yang terlalu berat dan akibatnya hanya menjadi pemerhati. Hanya segelintir sahaja yang berkecimpung dalam arena kepemimpinan mahasiswa.

Mereka menyertai persatuan atas kepentingan dan minat tertentu. Sebaliknya. bukan atas dasar sentimen dan juangan parti politik. bagi yang ingin berbakti kepada umat Islam, mereka akan menyertai persatuan mahasiswa Islam. Bagi yang minat memperjuangkan bahasa Melayu akan menyertai Persatuan Bahasa Melayu. Bagi yang berjiwa seni dan berbakat kesukanan akan menyertai persatuan seni dan kebudayaan.

Penglibatan mereka bukan didorong oleh faktor politik, tetapi oleh sebab persatuan mahasiswa juga bersikap memihak kepada parti politik nasional, ini menyebabkan mereka terheret sama secara tidak langsung. Lazimnya, mereka tidak diberikan kepercayaan untuk menjadi pemimpin tertinggi persatuan khususnya jawatan Presiden. Ini disebabkan mantan pemimpin tertinggi dan majoriti Exco persatuan bersikap memihak.

Mereka berperanan memastikan jawatan Presiden diserahkan kepada rakan sepolitiknya. Oleh sebab tidak berkedudukan politik dan kepentingan peribadi. golongan yang tidak memihak hanva melihat dari jauh 'permaian dalaman' dalam politik berpersatuan.

KEPIMPINAN MAHASISWA :GAGASAN DAN PERJUANGAN

Tidak dapat dinafikan pengaruh dan sokongan terhadap UMNO-BN memang terjejas berikutan pemecatan Anuar Ibrahim. PKPIM-ABIM yang menjadi tulang belakang mahasiswa proUMNO-BN sebelum ini. meninggalkan rakan mereka yang setia kepada UMNO-BN. Mereka beralih pula (berkerjasama) dengan mahasiswa proPAS.

Kerjasama ini turut dipengaruhi oleh kewujudan pakatan Barisan Alternatif.

Bagi mahasiswa yang berkecuali pula, isu pemecatan Anwar Ibrahim turut menarik perhatian. Tetapi, ia tidak mengubah sikap berkecuali mereka. Mereka tidak menganggap kerajaan UMNO-BN sebagai zalim akibat isu pemecatan Anwar Ibrahim. Ini kerana ia hanya melibatkan segelintir pemimpin kerajaan yang turut menjejaskan keyakinan mereka terhadap sistem kehakiman. ketelusan pentadbiran dan profesionalisme penjawat awam.

Pada masa yang sama. mereka tidak pula berpandangan negatif terhadap pihak pembangkang. Mereka menyedari kepentingan peranan pembangkang dalam konteks demokrasi khususnya sebagai agen check and balance dan watch dog. Begitu juga sumbangan mereka terhadap kematangan berpolitik rakyat, pembangunan nasional dan mempertahankan idealisme demokrasi.

Mereka juga tidak menganggap pembangkang dari kaca mata lawannya. Begitu juga sebaliknya. Ini membezakan mereka dengan sesetengah ahli akademik.

Menjelang pilihanraya misalnya, mereka sanggup mengadaikan prinsip akademik semata-mata menjaga kepentingan pihak tertentu. Mereka memihak dan meyerang berasaskan sentimen politik, sebaliknya. mahasiswa yang berkecuali tetap menilai perkembangan semasa dari sudut intelektual dan rasional.

Mereka menolak pengaruh emosi kerana ia memusnahkan prinsip profesionalisme. la menyebabkan mereka mempersoalkan sikap sesetengah ahli akademik yang tidak konsisten prinsip akademiknya. Bagi mereka, jika mereka berminat dengan menjadi ahli politik. lebih baik terjun terus dalam dunia politik, ini dapat membersihkan dunia akademik dari sentimen politik. mereka tidak wajar menggunakan kedudukan sebagai Profesor atau Profesor Madya untuk kepentingan politik, ia mengelirukan masyarakat dan memcemarkan pula maruah seluruh pencinta dunia akademik.

Anugerah tersebut merupakan tanda pengiktirafan universiti tehadap sumbangan mereka dalam bidang akademik. Sebagai Profesor atau Profesor Madya, mereka mesti mempertahankan prinsip akademik.

Mahasiswa yang menjiwai idelisme kemahasiswaannya menegakkan prinsip profesionalisme. Sesetengahnya terjun terus dalam arena politik, walaupun dalam kebanyakan isu, mereka bersuara atas pendirian parti tetapi mereka tetap berusaha mempertahankan prinsip profesionalismenya. Ini menyebabkan mereka tidak disenangi oleh rakan politiknya sendiri, timbul pula salah faham terhadap mereka.

Mereka juga mungkin terpaksa berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan penyisihan halus. Ini amat merugikan parti. Masa depan mereka tidak terjamin kerana tidak bersikap mengampu. Bahkan, ia juga berten-tangan dengan prinsip profesionalisme yang mendarahdagingi jiwa mereka sejak di kampus lagi.

Hakikat ini berlaku dalam semua parti politik.

POLITIK PATRIOTISME DAN UTHOPIA AKADEMIK

Sejak awal 1990-an. arus peresapan politik nasional ke kampus semakin deras. Pertembungan fahaman politik antara mahasiswa semakin nyata. Dua golongan yang terkehadapan malah bersaing menguasai kepimpinan mahasiswa di kampus ialah mahasiswa pro UMNO-BN dan pro PAS. Golongan yang tenggelam mahasiswa berkecuali. Tetapi. kewujudan mereka tidak begitu disedari kerana tidak terlibat dalam persaingan tersebut.

Pengaruh mereka pula tidak terkesan kerana kebanyakan mereka tidak aktif dalam kegiatan berpesatuan. Setelah tamat pengajian. mereka terus bersikap berkecuali. Jika hakikat ini berterusan, mereka akan terus berperanan sebagai majoriti senyap yang amat berpengaruh khususnya apabila kedudukan parti pemerintah goyah.

Mereka tidak mengalu-alukan paksaan politik, mereka juga tidak senang dengan kemasukan parti politik ke kampus dengan tujuan untuk mencari sokongan politik, bagi mereka. politik dan akademik wajar dipisahkan untuk menjamin kesucian idealisme dunia akademik secara menyeluruh. Ini dapat menjamin dunia akademik terus dihormati oleh seluruh masyarakat.

Mahasiswa berkecuali menyedari mereka juga adalah "haiwan politik". Ini bererti mereka bukan selama-lamanya dapat berkecuali. Meskipun lambat laun mereka akan kembali kepada hakikat asalnya. sebagai 'haiwan politik', namun idealisme terunggul mereka tetap mempertahankan dunia akademik diresapi pengaruh politik.

KESIMPULAN

Mahasiswa negara paling malang. Bukannya sekali. Mungkin selama-lamanya. Dalam menangani isu nasional mahasiswa mengertak. Adakala sekadar mengagah dan mengacah. Itulah yang mampu dilakukan. Mereka tidak dapat memecahkan tembok sekatan perundangan.

Gerakan mereka berlegar dalam kerangka AUKU dan ISA. Perjuangan mahasiswa negara berbeza dengan mahasiswa di Cina, Korea, Filipina, Indonesia, Thailand dan Perancis, Itali, Jerman dan Rusia. Mahasiswa terjerat dengan "politik kolonialis" yang turut melebarkan kuku imperalismenya ke dunia akademik.

Bagi sesetengah pemimpin politik, jika dilihat dalam konteks politik, mahasiswa hanyalah budak hingusan. Memang mereka aset negara,pewaris generasi dan kepimpinan negara tetapi mereka sendiri kabur dengan hakikat masa depan negara. Pergolakan "politik kolonialis" menyumbat mereka ke penjuru persimpangan dilema dan terkapai-kapai di mercu puncak kekeliruan.

Mereka dibentuk oleh 'politik koloniolis' dengan paksaan dan pujukan. Mahasiswa tidak bebas membentuk jatidiri dan memacakkan idealismenya. Lantaran tidak ada kebebasan mutlak bagi sesiapapun.

Hanya manusia dilahirkan bebas, tapi hidungnya dirantai di sana-sini.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved