StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, March 5, 2002

Memori Isham Rais


Sumber : Laman web Isham Rais

Hishamuddin Rais ialah anak kelahiran Negeri Sembilan.Dia lahir pada 3 februari 1951.
Dia mendapat pendidikan menengahnya di Kolej melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian sejarah.

Universiti Malaya banyak mengajar dia tentang erti perjuangan. Hisham kemudiannya terlibat aktif dalam gerakan pelajar. Dia pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974.

Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat

Hisham aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 74. Dia ditangkap dan ditahan reman di penjara Air Molek. Kemudiannya pada disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling. Kerajaan pimpinan Tun Razak waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham yang tidak mahu kebebasannya selaku seorang manusia dirampas sewenang-wenangnya telah melarikan diri.

20 tahun dalam buangan

Hisham kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di salah sebuah universiti di Belgium. Kemudiannya dia ke kota
London untuk belajar filem. Di kota london dia tinggal lama sekitar 15 tahun.

Seorang pembikin filem

Filem pendek yang telah dibuat:

1. From here to A long yesterday
2. Malaysia werewolf in london
3. Three second of see

Filem panjang:
1. Dari Jemapoh Ke Mancheste

Pulang ke Malaysia

Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari jemapoh Ke
Mancheste. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata fsetival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.

Tulisan

1. Pada tahun-tahun awal kepulangan dia menulis di pelbagai akhbar Melayu-Dari Ujang hinggalah ke Dewan Budaya.
2.Penyumbang untuk Menís Review
3.Analog-Kolum di Berita Minggu
4.Penyumbang untuk Vox akhbar The Sun
5.Penyumbang di penerbitan-penerbitan alternatif
6. Kolum Dot Mai-Malaysiakini.com

Hisham boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah
dalam tulisan-tulisannya.

Terlibat Aktif dalam gerakan Reformasi

Pasca 2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidup dia. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi penindasan dan kezaliman pemerintah telah membuatkan dia mengubah fikiran.dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan
demokrasi di Malaysia ini.

Hisham menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Brita Harian. Oleh kerana tekanan pihak pemerintah akhbar-akhbar arus perdana tidak lagi berani untuk menyiarkan
tulisan-tulisannya.

Namun pada penghujung tahun 1999 Malaysiakini.com, sebuah akhbar internet ilancarkan dan dia diberi ruangan kolum Dot.Mai. Kolum ini memberi pengaruh besar terhadap pejuang-pejuang reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.

Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata "hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda."

Ditahan ISA

Tanggal 9 April 2001 kurang lebih jam 5.00 petang dia telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas dipejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamaatn dalam Negeri (ISA) . Pihak polis dan pemerintah telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak
berasas dan fitnah tentang kononnya sebuah rancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Kini dia bersama sembilan orang aktivis
politik pro reformasi dan pro demokrasi masih berada dalam tahanan ISA. Mereka dinafikan hak untuk membela diri di mahkamah yang terbuka, bebas dan adil.

Bebaskan tahanan politik dan mansuhkan ISA

Setakat bulan April 2001 ini jumlah aktivis reformasi dan pro demokrasi yang ditahan berjumlah 10 orang. Tiada siapa dapat menjangkakan tindakan kejam pihak polis untuk terus menahan rakyat dibawah ISA.

ISA adalah akta kejam yang merampas hak asasi seorang manusia. Untuk tujuan apapun, ia tidak wajar digunakan. Sejak ISA digubal pada tahun 1960 ia memang digunakan sebagai alat untuk melumpuhkan gerakan rakyat dan menjaga keselamatan serta kestabilan
politik elit pemerintah Barisan Nasional. Ribuan pencinta keadilan dan demokrasi telah dipenjarakan oleh akta kejam ini.

"Setiap warganegara tidak bersalah hinggalah terbukti kesalahannya di Mahkamah." Mereka yang di tahan ini adalah tahanan politik. Mereka ditahan kerana atas
sebab-sebab politik demi menjaga kepentingan segelintir pihak pemerintah. Mereka adalah mangsa kezaliman regim BN


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved