StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 22, 2002 11:56 AM

USM benar 4 pelajar duduki peperiksaan


Sumber:Berita Harian, 19 Feb 2002

GEORGETOWN, Isnin -Empat pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang digantung satu semester kerana menyertai debat di Singapura dan perhimpunan haram membantah pelaksanaan Sekolah Wawasan, Mei dan November tahun lalu. dibenarkan menduduki peperiksaan, bulan ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USM, Prof Madya Datuk Jamaludin Mohaidin, berkata keputusan membenarkan pelajar terbabit menduduki peperiksaan semester bulan ini, dibuat atas dasar perikemanusiaan.

"Atas dasar perikemanusiaan, kita mengambil keputusan membenarkan mereka menduduki peperiksaan semester masing-masing." katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pameran Projek Seni Pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni USM, di sini. hari ini.

Jamaludin mengulas laporan akhbar baru-baru ini berhubung nasihat USM kepada pelajar yang digantung itu supaya membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan.

Katanya. setakat ini, USM belum menerima sebarang maklum balas daripada Kementerian Pendidikan berhubung penggantungan pelajar terbabit.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved