StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, February 21, 2002

Demo Antikonsert cermin intelek cetek


Oleh Hishamuddin Rais, 5 Ogos 2000

Minggu lalu sekali lagi kita terbaca berita tentang pelajar-pelajar Universiti Malaya yang keluar ke jalan raya untuk menunjuk perasaan. Entah berapa kali kumpulan-kumpuian siswa ini telah berdemo membantah, tentang apa yang mereka takrifkan sebagai 'maksiat'.

Arwah Sudirman, Sharifah Aini, M. Nasir dan Ella adalah antara penyanyi dan seniman tempatan yang pernah mendapat bantahan dari kumpulan pelajar ini apabila mengadakan pertunjukan konsert. Penyanyi dan kumpulan rock dari luar negara juga sering mendapat bantahan yang sama.

Berita seperti ini memperlihatkan warga kampus di universiti-universiti di negara ini semakin tidak berupaya menyediakan ruang ilmu dan ruang demokrasi untuk menerima, melihat atau menilai kelahirkan bentuk-bentuk seni yang baru, sihat dan mencabar. Apa yang beranak-pinak di kampus hari ini hanyalah kejulingan dan kekolotan pemahaman tentang budaya dan bentuk-bentuk seni budaya.

Suasana kolot dan gering budaya ini telah lama berakar umbi di kampus-kampus. Justeru kampus-kampus telah menjadi padang jarak padang terkukur vis a vis aktiviti budaya dan sosial anak-anak muda pelajar. Cuaca dan suhu budaya kampus seperti ini telah melahirkan fenomena yang boleh kita genrekan sebagai fenomena antikegembiraan hidup.

Untuk menyalahkan kemunculan fenomena antikegembiran hidup ke atas bahu kerajan sahaja agak tidak tepat. Atau menyalahkan semua ini sebagai kerenah propaganda parti pembangkang juga tidak betul. Pelajar, siswa dan anak muda di kampus juga tidak seharusnya dipersalahkan seratus peratus.

Ada beberapa hukum-hukum sosial dan budaya politik di luar kampus yang turut memangkinkan kelahiran fenomena ini. Budaya poiitik pelajar dan siswa yang berada di kampus-kampus hari ini adalah garnbaran yang sahih terhadap tahap politik, tahap budaya dan tahap daya intelek kita bersama.

Dalam usaha membendung gerakan siswa daripada bersuara atau mengkritik, kerajaan telah memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akta ini dengan sekali gus telah mempadangpasirkan budaya intelektual kehidupan kampus. Universiti yang seharusnya menjadi sarang pendapat, sarang idea dan ruang perdebatan ilmiah kini menjadi wadi yang kering kontang.

Cuaca murung ini sedikit demi sedikit menumpulkan budaya keilmuan dan akhirnya hilang kernungkinan lahirnya idea-idea baru daripada tenaga pengajar sendiri. Ini kemudiannya mempengaruhi tahap daya intelektual para siswa yang sedang belajar. Kerajaan wajib mengakui dan memikul tanggung jawab bahawa undang-undang yang mereka luluskan di parlimen telah turut menyuburkan fenomena antikegembiraan hidup ini.

Parti pembangkang, terutama PAS, dalam usaha membuktikan parti ini lebih suci dan bersih daripada parti pemerintah, walaupun mereka tidak menyokong tunjuk-tunjuk perasaan ini secara terbuka, tetapi tersenyum puas apabila siswa berdemo menentang pertunjukan budaya atau konsert rock. Tindakan siswa ini ditonjolkan sebagai bahan bukti bahawa kerajaan yang memerintah tidak prihatin terhadap tatasusila budaya tempatan.

Secara kolektif, PAS juga hanya bertanggungjawab kerana telah turut mengadun dan membajai kelahiran satu barisan generasi muda yang mempunyai pancangan hidup yang begitu cetek, juling
dan tidak bersikap toleran terhadap kepelbagaian dan perbezaan cara hidup.

Ketika ini siswa kelihatan hidup dalam suasana yang paling daif dari segi pemikiran. Dengan pelbagai undang-undang serta disiplin yang begitu mencengkam dan menghukum, kehidupan di universiti tidak membantu mencanai minda yang hidup, bergerak, sihat dan maju. Mata intelek mereka menjadi tumpul untuk melihat dan menganalisa sesuatu pekara dengan lebih jauh dan mendalam daripada bentuk wunder bra Ella atau goncangan punggung Sharifah Aini.

Kegagalan ini terbukti apabila mereka berhadapan dengan konsep dan falsafah. Ketumpulan fikrah telah menggagalkan siswa daripada memberikan satu pandangan dan analisa yang kukuh lagi ampuh tentang konsep penswastaan institusi pengajian tinggi awam. Mereka gagal menterjemahkan penswastaan sebagai isu nasional yang melibatkan kepentingan masyarakat dan orang ramai. Walhal, konsep penswastaan universiti lebih banyak membawa mudarat kepada rakyat daripada goncangan dada Ning Baizura.

Siswa Universiti Malaya telah menentang budaya konsert dengan hujah 'maksiat' tetapi mereka gagal memahami tanda dan makna kemunculan McDonald di dalam kampus mereka. Mereka tidak mampu menilai implikasi McDonald sebagai simbol imperialisme budaya yang sedang menyerang katil mereka sendiri. Tahap perbincangan mereka hanyalah setakat halal dan haram sos mayonaise yang akan ditaburkan ke atas burger mereka.

Begitu juga kerosakan Masjid Ar-Rahman di hadapan pintu masuk Universiti Malaya yang begitu membonjol dan menjolok mata. Sayangnya, mereka tidak mampu lagi untuk memberikan hujah ilmiah popular kepada orang ramai tentang kerosakan dan hingar-bingar yang akan dibawa oleh jalan raya itu ke atas mimbar masjid mereka.

Parti-parti politik kerajaan atau pembangkang yang menganggap parti mereka lebih suci daripada yang lain adalah kimia yang sedang menyuburkan kelahiran kumpulan siswa yang antikegembiraan hidup. Kumpulan siswa ini juga disalut dengan sikap "aku-lebih-suci-dari-kamu-maka-aku-lebih-berhak-masuk-syurga."

Tunjuk perasaan siswa itu cuba memaparkan isu 'maksiat'. Tetapi mereka telah gagal untuk menerangkan asas-asas dan hukum-hukum sosial yang berkaitan dengan pengaruh modal dan ringgit. Kegagalan anak-anak muda ini adalah tanda kegagalan budaya politik dan budaya intelektual kita bersama.

Anak-anak muda yang turun ke jalan raya menentang konsert muzik sebagai 'maksiat' adalah cermin muka kita sendiri. Mereka merupakan sebahagian daripada tanda-tanda bahawa masyarakat kita hari ini bukan menuju ke satu arah sebuah masyarakat madani yang telus, toleran dan bersikap terbuka.

..

HISHAMUDDIN RAIS adalah seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (nongovernmental individual). Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho. Lulusan dan sekolah pemulihan pemikiran poiitik seperti Melbourne Tellamarine Center, Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi. Dalam DOTMAI beliau akan menulis isu-isu politik semasa, fiiem, seksualiti hingga kepada isu estetika kebosanan hidup.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved