StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, March 16, 2002 9:57 PM

Kebakaran dewan UTM:Waspada gerakan ekstremis di kampus-Ghani


Agendadaily, 10 Mac 2002

JOHOR BHARU,Ahad 10 Mac Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meminta pihak berkuasa universiti tempatan waspada terhadap kewujudan gerakan ekstremis dalam kampus berikutan perbuatan khianat membakar pentas Dewan Sultan Iskandar ,Universiti Teknoloji Malaysia di Skudai.

Sambil menyifatkan tindakan itu tidak bertamadun dan sama dengan perbuatan jenayah,beliau berkata mujur tiada siapa yang terbunuh atau[pun dewan itu musnah samasekali.

Katanya terdapat banyak saluran lain mereka boleh menyampaikan pandangan dan bukan dengan cara yang tidak bertamadun ini.

Beliau menegaskan demikian kepada para wartawan selepas menghadiri satu majlis di Rumah Chesire Johor di sini .

Kebakaran hari Khamis malam itu mulanya dikatakan berpunca dari litar pintas.Bagaimanapun satu pasukan siasatan universiti itu mendapati kebakaran itu bermula di dua tiga tempat diatas pentas berkenaan.

Kebakaran itu telah mengakibatkan kerugian kira-kira RM 200,000.

UTM kebelakangan ini telah mengambil langkah tegas membenteras kegiatan militan dan propoganda anti-kerajaan keatas para pelajar dan pensyarah.

Naib Canselor UTM ,Prof Datuk Mohd Zulkifly Mohd Ghazali telah menolak kemungkinan kebakaran itu berlaku kerana litas pintas kerana tahap kuasa eletrik waktu kebakaran itu antara jam 11 malam hingga 2 pagi adalah rendah.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved