StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, March 21, 2002 9:29 PM

Semua setuju PTPTN dikendali bank


Harakah 16-31 Mac 2002

KUALA LUMPUR: Para pelajar pusat pengajian tinggi menyambut baik cadangan penyerahan urusan pengendalian pinjaman kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pihak bank.

Malah mereka berpendapat cadangan penyerahan mi akan memudahkan lag! para pelajar sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memperolehi pinjaman dengan lebih tersusun dan cekap.

Cadangan iru dinyatakan sendiri oleh pengerusinya, Dato' Husni Hanadzlah berikutan sistem yang digunapakai tidak mampu mengendalikan urusannya di masa depan.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, (MPPUKM) menganggap cadangan tersebut perlu dilaksanakan demi kebaikan para pelajar itu sendiri.

Presidennya, Abdullah Karim berkata, kelemaban PTPTN dalam pengurusannya terhadap penunjamnya perlu diperbaiki.

"Para pelajar tidak berpuas hati dengan pengurusan PTPTN di dalam banyak perkara, jadi wajar sangatlab ia diserahkan kepada pihak bank kerana ia lebih bereistematir dan berkeyakinan," katanya.

Menurutnya, penyerahan urusan pinjaman PTPT? kepada bank dilihat lebih memudahkan dan memberi kebaikan kepada pelajar.

Kerana itu, katanya MPPUKM menyokong penuh tindakan tersebut kerana selama ini mereka mendapati kelemahan yang timbul selama ini berpunca daripada PTPTN.

Bagaimanapun katanya pelaksanaan yang dibuat haruslah diteliti dengan bijaksana agar masalah yang dialami sebelum ini tidak berulang.

Sementara itu Penolong Setiausaha Agung MPP Universiti Putra Malaysia (UPM), Khairun Najmi Ahmad, berpendapat masalah PTPTN yang berlarutan dari mase ke masa sewajarnya diperbaiki dengan segera.

"Kami amat bersetuju seandainya pihak bank mengambilalih pengurusan pinjaman PTPTN ini dar langkah ini juga pastinya memudahkan pelajar beruru;si tentang pinjaman kewangan mereka," katanya.

Selain itu katanya di bank juga para pelajar lebih senang untuk berurusan memandangkan bank mempunyai bany rk cawangan berbanding pejabat PTPTN yang amat terhao

Katanya, cadangan penyerahan itu juga sekaligus da~ r menyelesaikan rungutan daripada pelajar yang menghadap pelbagai halangan daripada PTPTN.

"Yang saya pelik PTPTN ini bukannya pemberiar biasiswa tetapi ia adalah pinjaman yang mewajibkai peminjaninya membayar balik duitnya," katanya.

Disebabkan itu, katanya MPPUPM mengalu-alukar langkah tersebut demi kebaikan para pelajar yang memerlukan pembiayaan pelajarannya.

Sementara itu, Bendahari Gabungan Pelajar Melayv Semenanjung (GPMS), Azan Ismail, menyifatkan cadangan penyerahan itu adalah amat baik.

Menurutnya, GPMS juga tidak terkecuali menerima aduan-aduan daripada pelajar mengenai isu PTPTN.

"Saya rasa langkah ini cukup baik s; kiranya ia memudahkan pelajar mendapat pinjaman yang diperlukan mereka," katanya.

Pihak bank, katanya lebih bertauliah dan profesional dalam mengendali urusan kewangan dan ia juga dipercayai lebih bersistematik.

"Apa yang kita harap pelajar tidak kira apa bangsa akan menikmati pinjaman tersebut dengan lebih cepat dan teratur dan tidak merumitkan," katanya


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved