StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) harus berdiri atas platform Rasional dan Pragmatis


Keputusan Majlis Perwakilan Mahasiswa
universiti-universiti menerima cadangan penubuhan
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang
dicadangkan oleh kerajaan merupakan satu tamparan
hebat kepada anasir jahat yang ingin melihat mahasiswa menentang kerajaan secara membuta tuli.

Sungguh pun belum jelas sejauh mana penerimaan
pimpinan mahasiswa secara keseluruhannya, namun
kesediaan awal untuk menerima MPPK merupakan satu
petanda yang memberi sinar baru dalam arus kepimpinan mahasiswa.

Penubuhan MPPK dilihat sebagai satu reaksi pro-aktif
kerajaan terhadap kritikan-kritikan mahasiswa sebelum
ini. Walaupun kritikan-kritikan mereka ini tidak tepat
namun kesediaan kerajaan duduk semeja dengan mereka bagi membincangkan isu-isu berbangkit haruslah dilihat dalam sebagai satu penghormatan kepada mahasiswa.

MPPK bakal menjadi satu jambatan penghubung antara
kerajaan dengan para mahasiswa bagi membolehkan
input-input mahasiswa sampai terus kepada kerajaan dan sebaliknya.

Sama ada MPPK akan menjadi satu wadah yang berkesan untuk kerajaan dan mahasiswa saling memahami bergantung sepenuhnya kepada pemimpin mahasiswa yang bakal berada di dalamnya.

Sekiranya mereka yang dipilih atau dilantik
menganggotai MPPK sanggup mengetepikan ideologi
politik kepartian mereka dan menjadi seorang yang
terbuka, pastinya majlis ini akan memberi impak yang
besar kepada pembangunan masyarakat dan negara pada masa depan.

Gagasan-gagasan dan idea-idea mahasiswa yang selama ini terperap dalam kertas kerja atau wacana-wacana akademik mungkin boleh diutarakan untuk pertimbangan kerajaan melalui majlis ini.

Kita berharap melalui MPPK, saranan dan kritikan
mahasiswa kepada kerajaan adalah berlandaskan nilai
intelektual dan kajian yang terperinci dan tidak lagi
berbentuk retorik kosong yang akhirnya menjatuhkan
imej kepimpinan mahasiswa sendiri.

Namun kalau yang bakal berada dalam majlis ini
hanyalah kader-kader parti politik yang ingin
menegakkan benang basah ideologi masing-masing, maka MPPK akan menemui Ďajalí lebih awal daripada yang diharapkan.

MPPK wajar menjadi sebuah badan perbincangan yang
rasional dan pragmatis. Bukannya badan yang memberi
kata dua mahasiswa kepada kerajaan atau sebaliknya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Jalil Backer

 

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved