StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Update on Monday, February 11, 2002 10:04 AM

UM diperintah bayar Chandra RM115,000


KUALA LUMPUR 9 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Universiti Malaya (UM) membayar pampasan RM115,000 kepada Dr. Chandra Muzaffar kerana tidak memperbaharui kontraknya sebagai pengarah dan profesor di Pusat Dialog Peradaban universiti itu pada tahun 1999.

Hakim Datuk K.C. Vohrah (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang menyampaikan alasan penghakimannya setebal 50 muka surat membenarkan permohonan certiorari Chandra untuk satu perintah membatalkan keputusan UM yang tidak memperbaharui kontraknya.

Mahkamah membenarkan pampasan kepada Chandra RM115,000 bagi setahun (iaitu RM9,600 didarabkan dengan 12 bulan), membayar caruman kepada Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 12 bulan dan faedah 8 peratus mulai 1 Mac 1999 sehingga tarikh dibuat pembayaran.

Universiti juga diperintahkan supaya membayar kos.

Dalam penghakimannya, Hakim Vohrah menegaskan bahawa kes Chandra bukan membabitkan perkara pemecatan salah.

Vohrah berkata, pemohon (Chandra) mengharapkan agar menjadi kakitangan tetap, bagaimanapun, telah dijelaskan bahawa harapan itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa untuk menempatkan beliau secara tetap tidak dilakukan oleh pihak berkuasa universiti tersebut.

``Harapan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan, dengan demikian ia tidak boleh diterima sebagai asas untuk membuat tuntutan sehingga tarikh beliau bersara,'' ujar beliau.

Hakim Vohrah menjelaskan bahawa ia adalah kontrak yang dibuat dari setahun ke setahun yang diperbaharui oleh universiti berkenaan melalui Naib Canselor.

Malah, kata hakim itu, tempoh memperbaharui perkhidmatan Chandra dibuat lebih awal oleh Naib Canselor dan apa yang berlaku bahawa beliau telah dinafikan daripada harapan yang sah untuk melanjutkan khidmatnya bagi setahun lagi.

Oleh itu, Hakim Vohrah menegaskan adalah adil dan saksama untuk memberi pampasan kepada Chandra bagi setahun seperti yang beliau harapkan dan ia tidak diberikan kepadanya.

Chandra, 54, yang menggunakan kerusi roda hadir di mahkamah ditemani oleh isterinya, Mariam Hashim.

Ketika ditemui pemberita, Chandra yang merupakan bekas Timbalan Presiden parti Keadilan Nasional (Keadilan) berkata: ``Saya gembira dan telah pun menjangkakan. Hakim memberikan keputusan yang adil.''

Dalam samannya, Chandra menamakan Universiti Malaya sebagai responden setelah kontrak perkhidmatannya ditamatkan pada 18 Februari 1999.


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber Mingguan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved