StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, March 12, 2002 11:55 PM

Halatuju Mahasiswa Tiong Hua


Terjemahan: Suntzi Jr (suntzi-junior@care2.com)

Sila izinkan saya untuk mengajukan beberapa pandangan mengenai isu mahasiswa setelah sekian lama isu ini diperdebatkan. Sebagai seorang sideliner yang banyak mengikuti perdebatan tersebut melalui laporan media masa, saya mendapati diri saya masih kabur dengan asas perdebatan and objektif yang ingin dicapai.

Antara yang menjadi persoalan saya adalah mengapa mahasiswa Tiong Hua, sejak sekian lama memerah kudrat, masih lagi terkongkong dalam tampuk lama dan sering merasa gelisah terhadap isu-isu lama. Sentimen mahasiswa Tiong Hua dalam isu-isu mahasiswa tampak begitu jauh ketinggalan berbanding karisma dan gaya yang telah dipamerkan mahasiswa Muslim.

Saya percaya bahawa ramai juga yang merasa hairan dengan perkembangan tersebut. Namun apa yang terjadi adalah isu-isu mengenai mahasiswa hanya diheboh ala hangat-hangat tahi ayam, dan seringkali berakhir dan dilupai begitu sahaja.

Mahasiswa Tiong Hua didapati lebih komitet dalama aktiviti kebudayaan dan apa jua yang berkaitan dengan bahasa ibonda mereka. Namun, adakah mungkin, pada masa yang sama, mereka telah abaikan sumber-sumber bernilai yang lain sehingga menghadkan potensi mereka sendiri?

Adakah mungkin mahasiswa Tiong Hua telah mengabaikan isu-isu lain, termasuk isu-isu antarabangsa yang pada biasanya bukan keutamaan mereka? Bermacam-macam isu timbul setiap hari melibatkan pelbagai skop dan topik, bagaimana mahasiswa Tiong Hua dapat mengenalpasti isu-isu yang mana mereka dapat mengutilitikan sumber mereka?

Mahasiswa sering disaran agar sentiasa mendampingi masyarakat. Antara contoh sumbangan yang mereka dapat berikan kepada universiti adalah seperti berikut,

Ø Fokus kepada akademik dan menyertai sektor penyelidikan bagi membantu meningkatkan mutu penyelidikan domestik dan seterusnya meneroka potensi-potensi antarabangsa bagi tujuan meningkatkan serta mempromosi manifesto pengurusan akademik universiti tempatan.
Ø Memberi penekanan kepada soal kebajikan mahasiswa, termasuk qualiti infrastruktur komputer dan perpustakaan yang disediakan pihak universiti, memperbaiki ciri-ciri keselamatan jalanraya dan membatalkan aktiviti minggu orientasi yang sering memaksa para mahasiswa meninggalkan tugasan akademik mereka untuk tempoh tertentu.
Ø Menubuhkan kumpulan-kumpulan penulisan karya-karya Bahasa Malaysia dan mempromosikan kebudayaan Tiong Hua kepada ras-ras lain dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium utama.
Ø Menyertai aktivity kebudayaan pelbagai kaum, mengadakan sesi dialog dengan kaum-kaum lain bagi mengwujudkan satu bentuk persefahaman sihat yang dapat mengurangkan rasa curiga antara mahasiswa yang banyak berpunca daripada perbezaan pencapaian akademik.
Ø Mewujudkan Resolusi Universiti (merangkumi norma-norma harus sesebuah universiti) dan menerangkan resolusi tersebut kepada anggota masyarakat pelbagai lapisan. Mempromosikan etika kebebasan akademik kepada tenaga pensyarah dan mahasiswa, menyuarakan pendapat terhadap cadangan yang dikemukan pihak universiti dan menyertai projek-projek pembangunan universiti secara aktif.

Bagaimanakah seorang mahasiswa Tiong Hua memilih orientasi mereka dalam inisiatif menyempurkan tanggungjawab-tanggungjawab yang disebutkan di atas? Adakah mereka hanya secara melaksanakan tanggungjawab tersebut secara selektif berdasarkan minat peribadi, atau terpaksa menyempurkan semua tugas bagi mengelak tuduhan-tuduhan pihak lain? Jika tanggungjawab-tanggungjawab tertentu diabaikan, adakah pengabaian itu akan secara tidak langsung menutup satu saluran bermakna dalam membentuk hubungan perkauman yang positif?

Ramai mahasiswa yang percaya pada falsafah bahawa apa yang perlu mereka laksanakan dan apa yang mereka perlukan adalah bergantung kepada faktor latar belakang keluarga, kehendak zaman dan faktor-faktor lain. Namun dalam apa jua keputusan, perancangan rapi dan agenda yang jelas adalah pra-syaratnya. Dengan ini tidak akan timbul sebarang kekeliruan apabila mahasiswa meminta bantuan pihak lain dan mereka mampu memberi sumbangan yang konstruktif dalam pembaharuan masyarakat.

Salah satu kekurangan yang ada pada mahasiswa adalah tidak wujud satu aktiviti tahunan yang konsisten, tiada mekanisma pengurusan isu dan agenda serta tiada usaha penyelidikan yang konsisten mengenai sinario-sinario domestik dan antarabangsa. Kekurangan ini menyulitkan lagi usaha untuk membentuk agenda yang realistik.

Mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai masyarakat dan pembangunan struktur ilmu. Hidup sebagai seorang mahasiswa tidak kekal abadi, diharap para mahasiswa dapat menetapkan satu perancangan yang jelas dan dapat merealisasikan perancangan mereka dengan komitet, tekun dan pragmatik. Masyarakat memerlukan sumbangan anda!

*Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel yang ditulis oleh saudara Liu Ching Fen, yang diterbitkan dalam Sin Chew Jit Poh pada 11 March 2002. Sila rujuk artikel sebenar jika terdapat sebarang kemuskilan.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved