StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Wednesday, January 16, 2002 9:17 PM

Pelajar wajib tandatangan akujanji: satu tanda tanya?


Berdasarkan maklumat akhbar pada sepanjang minggu lepas, Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohammad mengeluarkan kenyataan bahawa semua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) wajib menandatangani akujanji mulai sesi pengajian 2002/2003 yang bermula Mei ini manakala kakitangan IPTA serta guru perlu berbuat demikian sebelum April 2002.

Menteri Pendidikan dalam kenyataanya menyebut, kandungan akujanji IPTA diambil daripada akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta peraturan mengikut akta berkaitan disiplin dan tanggungjawab sebagai pelajar. Peraturan baru ini meliputi pelajar lama dan baru.

Pada 23 Januari 2002, beliau membuat kenyataan tersebut dalam upacara menandatangani surat akujanji bagi naib canselor dan rektor IPTA. Bagi kandungan akujanji naib caselor dan rektor itu diambil daripada Peraturan 3 Peraturan Badan-badan Berkanun.

Antara kandungan surat akujanji tersebut ialah berjanji taat setia kepada YDPA, negara, kerajaan dan Universiti mereka bertugas; melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta tidak membelakangkan kewajipan kepada universiti.

Namun, cadangan ini menimbulkan tandatanya apabila ianya hendak diimplementasikan di peringkat Universiti. Kebanyakan Universiti sememangnya telah mewujudkan akujanji sejak dahulu lagi apabila pelajar masuk ke Universiti dengan menandatangani peraturan dan ikrar universiti. Di sini timbul sejauh manakah relevannya dan kepada siapakah sebenarnya akujanji ini ditujukan.

Ada pihak yang mempersoalkan sejauh manakah sebenarnya keberkesanan akujanji ini menjamin kecemerlangan pelajar IPT. Tumpuan banyak diberikan kepada aspek "make-up" atau luaran dalam menangani masalah daripada berusaha menyelidik dan menangani punca sebenar pemasalahan ketidak cemerlangan pelajar dalam akademik, sakhsiah dan ketrampilan. Dimanakah kewajarannya.... satu persoalan.

Unit Suntingan Berita, SM online.


Halaman Utama

 

Oleh:

Suara Mahasiswa, PKPIM

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved