StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, March 21, 2002 9:33 PM

PTPTN PERKENAL PINJAMAN IKUT SYARIAT


Sumber; Utusan Malaysia,13 Mac 2002

KUALA LUMPUR 12 Mac Perbadanan Tabling Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memperkenalkan skim pinjaman pendidikan tinggi berasaskan syariah sebagai menggantikan skim pinjaman sekarang yang menimbulkan kontroversi.

Pengerusi PTPTN, Datuk Husni Hanadzlah berkata, untuk tujuan itu, pihaknya telah mendapatkan bantuan Bank Islam dan Bank Mu-amalat untuk membentuk skim tersebut.

Katanya, skim baru itu juga akan mengambil kira semua pandangan dan panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita sekarang ini tengah mengkaji kaedah terbaik untuk melaksanakannya supaya kita dapat menyediakan produk pinjaman yang terbaik untuk pelajar," katanya kepada Utusan di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, majlis itu telah membuat keputusan berhubung bayaran empat peratus yang dikenakan kepada pelajar yang meminjam dari PTPTN.

Menurut Dr. Ismail, keputusan itu akan disampaikan kepada PTPTN supaya ia dijadikan panduan kepada perbadanan itu sama ada empat peratus yang pernah menjadi isu sebelum ini adalah kos perkhidmatan atau sebaliknya.

Sebelum ini banyak pihak meminta PTPTN memansuhkan kadar bayaran 4 peratus itu atas alasan ia membebankan di samping mengandungi unsur riba.

Antara yang mendesakr agar bayaran yang berupa kos perkhidmatan itu dikurang-kan ialah persatuan-persatuan pelajar, Pergerakan Pemuda UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Husni menambah, apabila pelan skim pinjaman itu telah siap nanti, ia akan dirujuk sekali lagi kepada Majlis Fatwa untuk mendapatkan pandangan mereka.

"Kita ingin pastikan bahawa apabila dilaksanakan nanti ia adalah satu produk yang balk dan bersih dari riba," katanya.

Husni memberitahu, skim baru yang akan diperkenalkan itu tetap akan mengenakan bayaran perkhidmatan berdasarkan prinsip yang di-benarkan oleh syariah.

Bagaimanapun, katanya, kadar bayaran itu hanya akan diketahui apabila kajian tersebut selesai.

Mengenai panduan yang diberikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, Husni berkata,beliau masih belum mengetahuinya kerana belum menerimanya lagi.

Katanya, PTPTN menghargai garis panduan yang diberi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia akan memudahkan perbadanan itu mewujudkan skim lebih baik


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved