StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Saturday, January 26, 2002 1:44 PM

10 Pertubuhan Haram IPTA


KUALA LUMPUR 6 Julai - Mahasiswa diminta tidak
menyertai 10 pertubuhan haram yang wujud di universiti
tempatan tanpa berdafar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Timbalan Presiden Persatuan Pemuda Negara, Ezaruddin Abdul Rahman berkata, pertubuhan itu ialah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi, Universiti Bangsar Utama, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (MYSDM) serta Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju.

Lain-lainnya ialah Gerakan Mahasiswa Lantang Negara,
Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi dan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).

``Kami meminta ibu bapa supaya mengawasi anak yang
berada di universiti supaya mereka tidak mudah
terpedaya dengan pertubuhan ini,'' katanya ketika
dihubungi Utusan di sini hari ini.

Beliau menegaskan, penyertaan dalam pertubuhan
terbabit adalah bertentangan dengan undang-undang
negara kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar
Pertubuhan.

``Kami mendapati aktiviti mereka adalah meragukan
keranaia bergerak secara rahsia dan tidak mempunyai
ibu pejabat tetap.

``Aktiviti pertubuhan ini hanya diketahuai umum
apabila mereka mengedarkan risalah dan kenyataan
akhbar yang biasanya tidak disertakan alamat,''
katanya.

Beliau menambah, pertubuhan terbabit didapati hanya
muncul selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

``Kita juga amat sangsi dengan dakwaan pertubuhan ini
bahawa ia mewakili para mahasiswa sedangkan terdapat sebahagiannya hanya mempunyai 10 ahli sahaja,'' tegasnya.

Mengenai penahanan aktivis pelajar, Khairul Anuar
Ahmad Zainuddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, Ezaruddin berkata, pihaknya yakin langkah itu mampu menyelesaikan beberapa kes baru-baru ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pelajar militan.

Difahamkan, penahanan itu mempunyai kaitan dengan
siasatan penerbitan majalah Varsiti 2001 palsu yang
mengandungi artikel mencemuh pemimpin negara.

``Kita amat kesal dengan kenyataan Amnesty
International yang menyatakan kebimbangan mengenai
kemungkinan Khairul Anuar diberi layanan buruk.

``Pertubuhan antarabangsa ini tidak mempunyai hak
untuk mencampuri urusan kerajaan Malaysia dan
mempertikaikan tindakan polis,'' tegasnya.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Utusan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved