StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Sunday, February 3, 2002 4:27 PM

Pengalaman ngeri teguhkan prinsip saya - JONAH


MEMANG sukar untuk sesiapa sahaja yang menemui
Khairul, mempunyai perasaan membencinya. Dia seorang pelajar yang suka menolong kanak-kanak tidak bernasib baik, Khairul juga seorang anak muda yang segak dan mudah mesra. Begitulah dia pada kebiasaannya.

Kini wajahnya kelihatan lesu dan muram. Kulit di bawah
matanya kelihatan kehitam-hitaman, kerana keletihan.
Ketika ditemui untuk satu temubual, Khairul menghisap
rokok kretek Indonesia, sebatang demi sebatang,
menampakkan tanda gelisah.

Dia bagai tidak mempedulikan apa yang dilakukan.
Pandangannya pula sering merenung tajam objek di
sekelilingnya, seperti binatang yang terperangkap.
Tangannya sedikit menggiggil. Dia memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur malam dan seringkali diganggu mimpi ngeri bila sahaja terlelap di waktu siang.

Kami bersembang di sebuah kedai kopi di Kuala Lumpur
baru-baru ini. Setiap kali ada orang yang datang dan
duduk di kedai kopi itu, Khairul menerima kedatangan
mereka dengan perasaan bercampur-baur antara sangsi dan marah, terutamanya kepada lelaki pertengahan umur yang berambut pendek.

Saya rasa seperti mereka melihat saya setiap masa,
katanya. Polis itu berkata kepada saya supaya saya
tidak lupa bahawa mereka akan sentiasa mengekori saya dan akan tahu apa sahaja yang saya lakukan,tambah Khairul.

Kebimbangannya dapat difahami. Dia baru sahaja
dibebaskan daripada tahanan selama beberapa minggu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ini membenarkan penahanan tanpa bicara. Jenayah yang dibuatnya? Dia menentang ISA yang akhirnya membawa dia ke situ.

Khairul, 22 tahun sedang belajar di dalam bidang
kejuruteraan elektrik, bukanlah seorang reformis
barisan depan - handal. Tidak banyak yang dilakukan
untuk membantu manusia lain, selain mengadakan kelas tambahan kepada kanak-kanak miskin, dan mempersoalkan polisi kerajaan, daripada isu mengekalkan ISA sehinggalah kepada menyelamatkan kroni.

Bukannya dosa yang besar. Dan anda betul. Namun
Khairul adalah seorang lagi korban di dalam semangat
perjuangan berterusan politik Malaysia yang
menyaksikan Perdana Menteri paling lama Mahathir
Mohamad beradu kekuatan pengaruh dengan bekas
timbalannya, Anwar Ibrahim.

Perang politik ada turun dan naiknya. Demonstrasi
jalanan, dulu biasa, tapi sekarang jarang-jarang.
Tetapi kemarahan kepada Perdana Menteri kekal, membara di bawah permukaan yang nampak tenang.

Khairul bukan seorang ahli politik, dan tidak mahu
menjadi ahli politik. Itulah sebabnya mengapa dia
begitu terkejut apabila ditangkap. Dia sepatutnya
tahu, daripada ucapan berapi-api Perdana Menteri
mengutuk rakan-rakan seperjuangan Khairul iaitu
pelajar-pelajar Melayu sebagai pemalas, tidak berguna,
lebih berminat demonstrasi jalanan daripada belajar.

Polis mengatakan perkara yang sama kepada Khairul
sepanjang sesi soal siasat, menjadikan dia lebih
bingung. Saya beritahu mereka bahawa paras
ketenteraan di kalangan pelajar adalah sifar.
Kebanyakan pelajar Malaysia tidak langsung berminat
kepada apa-apa kecuali belajar, mendapat ijazah dan
mendapatkan kerja yang baik.

Sudah seminggu lamanya dia dibebaskan dan dia masih lagi merasai kesengsaraan itu. Tetapi apa yang berlaku kepadanya semasa dia ditahan? Tujuh jam dia disoal siasat dalam sehari oleh dua kumpulan polis yang
berbeza, pengurungan bersendirian di dalam bilik
tahanan 2x4 meter dengan lampu sentiasa terpasang. Dia menjadi rimas dengan ketidakpastian tentang bila dia akan dibebaskan dan bagaimana pendiriannya selepas pembebasan nanti.

Derita yang saya alami sebenarnya membuatkan
idea-idea dan prinsip-prinsip saya menjadi semakin
teguh, mudah-mudahan untuk masa akan datang, Khairul menyimpulkan perbualan kami. Alihbahasa oleh
wartawan CABARAN


Halaman Utama

 

Oleh:

Wartawan TIME

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved