StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, March 5, 2002 7:27 PM

Pertubuhan pelajar sokong amaran Perdana Menteri


Berita Harian, 27 Februari 2002

KUALA LUMPUR, Selasa -Beberapa pertubuhan pelajar bersetuju dengan amaran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya pelajar yang mengabaikan pelajaran kerana mahu terbabit dalam politik meninggalkan pengajian. Presiden Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mohd Fadzli Mohd Ramli berkata, amaran Perdana Menteri itu disifatkan sebagai "gertakan berguna' kepada pelajar yang masih membabitkan diri dalam politik.

"Akta Universiti dan Kolej universiti (Auku) jelas melarang pelajar membabitkan diri dalam politik. Justeru, kalau ada pela jar yang terbabit, mereka perlu digantung daripada meneruskan pengajian. "Membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik bukan saja boleh mengganggu pelajaran, sebaliknya dapat mengelakkan mereka daripada diperalatkan pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri di London semalan supaya pelajar yang mengabaikan pelajaran kerana mahu terbabit dalan politik meninggalkan universiti dan menyertai politik sepenuh masa.

Perdana Menteri yang berucap kepada lebih 600pelajar Malaysia di Imperial Collage, sebaliknya berkata, pelajar boleh membabitkan diri dalam perbincangan intelektual dan mengenai pembangunan negara serta politik.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Khairu Arifin Mohd berkata, pelajar boleh mengkritik politik demi kepentingan negara,tetapi berasarkan ilmu pengertahuan.

"Setiap pelajar wajar memberikan kritikan, terutama yang membina tetapi mereka tidak boleh membabitkan diri dalam politik. Ini kerana ia bukan saja boleh mengganggu pelajaran, malahan dapat mengelakkan diri daripada dipergunakan.

"Setiap kritikan perlu bersifat liberal kerana belum tiba masa pelajar bermain politik. Saya menyambut baik saranan Perdana Menteri kerana masa depan pelajar bergantung kepada kecemerlangan ilmu." katanya.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat teguran Perdana Menteri itu seperti teguran bapa kepada anak demi kecemerlangan akademik mereka.

Jurucakapnya berkata, ia bertujuan menyedarkan pelajar bahawa mereka ditugaskan menuntut ilmu bagi mengubah nasib bangsa serta negara dan bukan berpolitik.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved