StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, March 21, 2002 9:34 PM

Pembangkang persoal akujanji


Berita Harian, 15 Mac 2002

PEMBANGKANG semalam membidas langkah kerajaan mewajibkan pensyarah universiti menandatangani Surat Akujanji sebagaimana kakitangan kerajaan lain.

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Keadilan-Permatang Pauh) berkata, tindakan itu hanya mewujudkan sifat kawalan minda di kalangan pensyarah, iaitu keengganan menyatakan pandangan yang dianggap tidak disenangi pemerintah.

Katanya, sikap itu bukan saja bercanggah dengan konsep pendidikan mewujudkan generasi baru intelek yang berilmu dan kreatif, tetapi juga mengancam keutuhan sistem demokrasi.

“Secara ringkasnya kerajaan berjaya melahirkan masyarakat `Aku Setuju’ atau `Yes Men’ yang hanya mengiakan apa saja yang diperturunkan pemimpin,” katanya berucap membahaskan Titah Ucapan Diraja.

Dr Wan Azizah juga berkata, sistem pilihan raya sekarang perlu dirombak bagi mengatasi kelemahan serta memastikan ianya adil, telus dan terbuka.

Katanya, sistem pendaftaran secara automatik perlu diperkenalkan apabila pemilih mencapai umur layak mengundi manakala semua pemilih sedia ada didaftarkan semula bagi membersihkan daftar pemilih.

“Sistem undi pos juga perlu dihapuskan kerana tiada lagi kewajaran untuk diterima pakai hari ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu (Pas-Kuala Kedah), menggesa kerajaan menghormati semangat demokrasi dengan memberi peluang kepada parti pembangkang menyampaikan mesej kepada rakyat menerusi media massa termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata, jika parti pembangkang diberikan hak itu, mereka tidak lagi perlu untuk mengadakan ceramah politik yang tidak disukai kerajaan.

“Kita tidak boleh ceramah, tetapi TV hentam kita tiap-tiap hari,” katanya.

Mohamad turut membidas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Senator Datuk Zainudin Maidin, kerana menjadikan RTM sebagai alat propaganda parti pemerintah.

“Sejak dia masuk, RTM bukan lagi jadi alat propaganda kerajaan, tetapi alat propaganda Umno,” katanya.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved