StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 3, 2002 4:32 PM

Zulkifli Sulong buka pekung Gerakan Pelajar Islam


Apabila membaca tulisan Zulkifli Sulong(Ketua
Pengarang Harakah) dalam kata pengantar buku "Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata," (penerbitan Muttaqin, cetakan 2001-dikendalikan oleh Muttaqin Amaludin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, juga penerbit majalah Tamadun), telah berjaya membuka pekung, apa yang berlaku dalam gerakan pelajar Islam lewat 70-an.

Sesuai dengan tulisan yang didedikasikan kepada Anwar Ibrahim, tulisan Zulkifli banyak menceritakan tentang kehebatan tokoh pujaannya itu. Sebagai pelajar baru dan peminat serta penggerak pelajar Islam UM, mengakui beliau sebenarnya, termasuk dalam golongan pelajar yang mudah terpengaruh dengan penampilan personaliti luaran terutamanya terhadap Anwar, yang dikaguminya, hasil salam dan renungan mata kali pertama.

Penulis juga menjelaskan mengenai sikap tamak Anwar
yang memperkudakan Islam dengan memperalatkan PBMUM, PKPIM dan ABIM untuk melonjakkan diri sebagai tokoh politik.

Apabila Anwar masuk parti UMNO maka wujudlah label
'jelas' dan 'tidak jelas'.

Mereka yang menyokong Anwar masuk UMNO dilabelkan 'tidak jelas' manakala yang menentang kemasukan Anwar(sokong PAS) dilabelkan 'jelas'

Oleh kerana untuk menentang golongan yang 'tidak
jelas' ini, maka penulis telah menggabungkan dan
menggerakkan persatuan pelajar Islam(PMI), sehingga
sanggup tidak hadir kuliah dan toturial.

Atas semangat dan perjuangannya itu, penulis telah
terkeluar daripada universiti tanpa berjaya
menghabiskan pengajiannya.

Sebagai meneruskan kesinambungan perjuangan PMI, maka penulis memilih untuk berkecimpung dalam parti PAS.

Rupa-rupa, setelah 20 tahun berjuang dalam parti itu,
penulis mula menyedari bahawa label 'tidak jelas' yang
dituduh kepada golongan proUMNO sebelum ini sebenarnya terkena ke atas batang hidungnya sendiri.

Barangkali maksud 'tidak jelas' yang dimaksudkan ke
atas penulis itu membawa makna walaupun PAS berjuang 50 tahun untuk menegakkan negara Islam(dengan sokongan padu penulis selama 20 tahun) tetapi perjuangannya tidak kesampaian hingga kini. Bayang-bayang 'negara Islam' tajaan partinya itu belum kelihatan meskipun memakan separuh usia perjuangannya.

Penulis meluahkan nada kekesalan kerana tidak dapat
menghabiskan pengajian di menara gading, oleh kerana
terlalu mengikut emosi dan semangat perjuangan Islam.

Walaupun, rakan-rakan seangkatan dalam kampus kini
menjadi orang ternama, penulis hanya mampu meneruskan karier di meja akhbar tabloid Harakah, organ utama partinya.

Partinya tidak mampu membayar lebih daripada itu,
walaupun penulis sebelum ini terpaksa mengorbankan air mata dan harga diri.

Untuk penulis kembali semula ke zaman 20 tahun yang
silam adalah mustahil.

Apa yang boleh dibuat, hanyalah terus menggantungkan sebuah 'pengharapan' sebagaimana yang dilakukan 20 lampau, dan meneruskan saki-baki perjuangannya yang masih ada, yang tidak dipastikan sampai bila.

Tulisan Zulkifli Solong,- 25 April 2001, dalam buku
"Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata"

Kehebatan Anwar: Pada Pidato, Salam & Mata

Saya tidak terkejut, kalau ada mana-mana pihak yang
berkata, kehebatan perhubungan dengan Anwar Ibrahim bermula dari kali pertama orang itu bersalam
dengannya. Apabila bersalam dengan Anwar, kita akan
terasa dihargai oleh beliau. Dia akan genggam erat
tangan kita dan matanya bersinar mata kita dengan
mulut manisnya bertanya ' apa khabar'. Inilah
permulaan saya berkenalan dengan Anwar 20 tahun yang lalu.

Ketika itu Anwar adalah Presiden ABIM dan saya adalah pelajar baru di Universiti Malaya. Kerana ikutkan
rakan-rakan, saya menyertai satu ceramah yang
diberikan oleh Anwar di Masjid Ar Rahman, di depan
pintu masuk UM. Ketika itu ceramah yang diberikan oleh
Anwar penuh dengan kata-kata bombastik yang sebenarnya saya sendiri kurang faham apakah maknanya. Tetapi cara penyampaian yang menarik membuatkan kita terpengaruh untuk terus mengaguminya.

Hasil salam pertama itulah menghasilkan suatu
penilaian tinggi untuk Anwar. Kita terasa dihargai
oleh beliau dengan cara salamnya. Sejak itulah, kami
pelajar baru UM ketika itu mula mengagumi Anwar.
Beliau menjadi pemimpin dengan cara salamnya itu.

PBMUM-PKPIM-ABIM-RUMAH CONCITA ALAT ANWAR

Beliau menjadi pemimpin yang dikagumi dan menjadi
sumber inspirasi perjuangan mahasiswa, untuk itu kami
mendekati ABIM yang dipimpin serta pertubuhan yang
menjadi jaringannya seperti PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM). Aktiviti kami pula tertumpu di rumah sewa persatuan yang dinamakan Concita. Di sini, segala kader ABIM dari UM berkumpul saban waktu apabila hari cuti serta selepas kuliah." Tetapi segala-galanya berubah pada 29 Mac 1982 apabila Anwar mengumumkan keputusannya untuk menyertai UMNO.
Ini dibuat selepas mesyuarat panjang di pejabat ABIM
di Jalan Pantai Baru."

Anwar Masuk UMNO : Wujud Label Jelas dan Tidak Jelas

Keputusan ini(Anwar masuk UMNO) umpama ledakan bom kepada kami kalangan pelajar UM ketika it. Hasilnya, kami berpecah dua sebagaimana kalangan pimpinan ABIM ketika itu berpecah dua. Fenomena ini dinamakan 'jelas' dan'tidak jelas'. Mereka yang menyokong Anwar menyertai UMNO dilabelkan sebagai'tidak jelas' manakala kumpulan yang menolak dan membantah tindakan Anwar itu dinamakan 'jelas

Sehingga sekarang, krisis jelas dan tidak jelas ini
masih menghantui kami pelajar UM ketika itu. Kerana
terbawa-bawa dengan tempo politik dalam jamaah ketika itu, ia telah menyebabkan sebahagian dari kami
mengabaikan pelajaran masing-masing.

Masa banyak kami habiskan untuk menganjur dan
menyertai program-program dalaman untuk memperjuangkan pendekatan masing-masing.

Akibat dari tindakan Anwar menyertai UMNO, PAS pula
telah mengambil pendekatan untuk masuk sendiri ke
kampus-kampus samada dalam atau luar negeri. Saya
masih ingat kenyataan Ketua Pemuda PAS ketika itu,
Haji Mustafa Ali kalau dahulu kita menganggap Abim
adalah sayap PAS dan menyerahkan kepada Abim untuk bergerak di kampus-kampus, kini PAS terpaksa bergerak sendiri.

Hasilnya, PAS telah masuk sendiri ke kampus. Di UM,
kamilah yang menjadi penggerak PAS ketika itu. Kami
menganjurkan usrah sendiri, qiamulail, ceramah dan
sebagainya. Saingan kami dalam merebut hati pelajar
Islam terutama yang baru masuk adalah kumpulan tidak
jelas yang banyak bergerak di atas platform Abim dan
PKPIM ketika itu. Kalau sebelum itu, saingan kami
adalah kumpulan tabligh, al-Arqam serta IRC (kini
JIM), kini bertambah satu lagi iaitu kumpulan tidak
jelas itu. Dalam gerakan politik kampus pula, kami
menyertai pilihanraya kampus, berebut dengan lain-lain
kumpulan untuk menguasai Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Tidak hairanlah, hasil kerja kuat, kumpulan kami
sentiasa menang pilihanraya kampus sehinggalah
sekarang. Ketika itu saya masih ingat lagi Presiden
PMUM adalah Ahmad Sabery Chek(sesi 1981/82-kini
menjadi pekerja setia Ku Li selepas aktif dalam PAS).
Rajen Devara, Sekarang adalah Setiausaha Eksekutf BA. Dulunya adalah salah seorang exco PMUM yang bersama dalam barisan kepimpinan PMUM di bawah Ahmad Sabery Chek. (sebenarnya idea pergerakan pelbagai kaum BA ini dilaksanakan sejak dalam kampus UM pada awal tahun 1980an lagi).

PAS Mula Menguasai Kampus

Yang pasti, penyertaan Anwar ke dalam Umno yang
menghasilkan fenomena jelas dan tidak jelas ini telah
menghasilkan kesan positif dan negatifnya.Yang
positifnya adalah, PAS mula menuai hasil kerjanya di
kampus-kampus universiti mulai tahun1980an sekarang
ini. Bukan sahaja hampir kesemua persatuan kampus
dikuasai oleh kader PAS sehingga kini, bahkan juga PAS kini dipenuhi oleh tenaga-tenaga profesional yang
menyerap masuk hampir kesemua jabatan kerajaan serta syarkat-syarikat serta badan-badan profesional di
negara ini.

Penulis Juga Termasuk Golongan Tidak Jelas

Yang negatifnya adalah kepada diri saya serta orang
semacam saya. Kerana asyik berpesatuan dan giat dalam kampus, pelajaran terabai dan ditendang keluar dari kampus UM. Ada juga yang tidak masuk sebahagian peperiksaan untuk memastikan kerajaan yang (pemberi biasiswa) tidak mengikat bagi bekerja denganya. Ada juga tidak pergi terus peperiksaan akhir kononnya bagi memastikan tidak terikat dengan kerajaan dan dapat bekerja sepenuhnya dalam jamaah."

Tetapi, saya tabik sehingga kini rakan-rakan jamaah
yang mendapat kejayaan gemilng dalam akademik walaupun tidak kalah aktif berbanding yang lain. Antaranya termasuklah Zulkifli Yusof, Presiden PMUM yang mendapat ijazah kelas pertama.

Bukan saya seorang yang terperangkap dalam fenomena jelas dan tidak jelas ini tetapi beberapa orang yang kini sudah menjadi orang-orang besar dalam bidang masing-masing. Saya sendiri di Harakah, Syed Putra Syed Ahmad (Ketua Pemberita Harakah), Husam Musa (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Azmi Ali (Peguam) dan beberapa pegawai kanan kerajaan sekarang yang tidak boleh saya sebutkan nama mereka di sini.

Muslihat Fadzil Noor Sokong Anwar

Sebagai wartawan , saya mempunyai penilaian tersendiri terhadap perhubungan Anwar dan Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor. Setahu saya, Fadzil Noor adalah timbalan Presiden Abim ketika Anwar ditahan di bawah ISA. Dalam muktamar Abim ketika itu, Ustaz Fadzil lah yang telah memberkan ucapan dasar bagi mengantikan Anwar.Saya juga diberitahu, kemasukan ustaz Fadzil dan Nakhaie Haji Ahmad ke dalam PAS adalah hasil keputusan yang dibuat oleh Abim sendiri yang dpimpin oleh Anwar pada ketika itu.

Bahkan ada yang berkata, kemasukan Anwar dalam Umno juga adalah sebahagian strategi Abim untuk menguasai politik orang Melayu. Uztaz Fadzil di PAS dan Anwar menguasai Umno. Selepas itu, kedua-dua parti orang melayu itu dicantumkan. Belum perkara itu menjadi kenyataan, Anwar disingkirkan dari Umno. Benar atau Tidak, tidak dapat saya pastikan.Yang pasti, ketika berada dalam Umno, Anwar adalah musuh PAS nolmbor satu.

Jika Anwar berceramah dan menyerang PAS. Serangan
Ustaz Fadzil terhadap Anwar tidak kalah hebatnya.
Ketika Anwar bertukar Kementerian dari Kebudayaan dan Kesenian ke Pertanian, Ustaz Fadzil mengandaikanya dengan berkata" dia bertukar menteri tari menari kepada menteri yang menjaga kerbau lembu.

Bagaimanapun, apabila Ustaz Fadzil Noor masuk ke wad di Hospital Kuala Lumpur suatu ketika dahulu untuk
membedah matanya (ketika itu Anwar TPM), Anwarlah
antara tetamu awal Usatz Fadzil. Begitu juga jika
pulang ke Pulau Pinang. Antara perkara awal yang
dibuat oleh Anwar adalah mengunjungi Tuan Haji Yusuf
Rawa, Mursyidul Am PAS ketika itu.

Saya juga masih ingat lagi, ketika anwar dipecat
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan
Presiden Umno, Ustaz Fadzil Noor adalah antara
pemimpin awal yang berkunjung ke rumahnya di Bukit
Damansara.

Tindakan yang dibuat oleh Ustaz Fadzil ini bukanlah
satu langkah yang mudah. Ini kerana, kerana lawatan
itu, Ustaz Fadzil di belasah teruk oleh rakan-rakannya
di dalam PAS termasuk kepimpinan PAS kedah sendiri.

"Tetapi terbukti , tindakan Ustaz Fadzil ini bukan
sekadar didorong oleh hubungan peribadi antara beliau
dengan Anwar yang tidak pernah putus tetapi juga
kepentingan jamaah dan parti PAS.Saya masih ingat
lagi, bagaimana saya juga turut diserang kerana
bersama Ustaz Fadzil ke rumah Anwar ketika itu. Saya
mempertahankannya dengan berkata, "terbukti harakah
yang dahulunya dicetak 75,000 naskah sahaja kini
(akhir tahun 1998) sudah menjangkau 300,000 lebih.
Ahli PAS yang hanya 450,000 sebelum itu kini
menjangkau lebih 800,000."

Kesimpulan

Kini semua sudah berakhir. Perpecahan akibat peyertaan Anwar ke dalam Umno telah selesai. Bukan setakat PAS dan Abim bersatu kembali tetapi juga turut bersatu adalah IRC (kini JIM). Walaupun Anwar masih menanti dalam penjara, tetapi masa untuk kemenangan sudah jelas kelihatan.


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved