StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 10:06 AM

Hentikan label pelajar - TPM


KUALA LUMPUR 9 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak menghentikan perbuatan melabel pelajar sebagai pro-aspirasi kerajaan atau pro-pembangkang.

Menurut beliau, perbuatan seumpama itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelajar yang merasakan diri mereka berhak menegur atau menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, pelajar perlu bijak membuat teguran atau memberi pandangan supaya tindakan mereka itu tidak dianggap sebagai menentang kerajaan atau menyokong pembangkang.

``Situasi dalam kampus itu juga yang menyebabkan adanya usaha-usaha melabelkan pelajar,'' katanya selepas mengadakan dialog dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini hari ini.

Isu melabelkan pelajar timbul ketika pilihan raya kampus MPP sesi 2001/2002 serentak pada 26 November lalu.

Pada pilihan raya tersebut, kelompok proaspirasi kerajaan berjaya menguasai tujuh daripada 12 IPTA.


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber Mingguan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved