StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
FREE WEBHOSTING - SERVETOWN
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    updated on Sunday, January 27, 2002

Apa ukuran sebenar label Islam atau Anti Islam


PenaSakti sudak muak dengan budaya label melabel yang semakin menebal dalam masyarakat kita. Kalau seseorang itu mengambil langkah positif membendung gejala negatif dalam berlaku dalam sesebuah persatuan, maka dengan sewenang-wenangnya, seseorang itu dicop antiISLAM. Apa ukuran kita untuk menentukan seseorang itu anti Islam atau tidak.

Apakah dengan membubarkan PMI, maka seseorang itu sudah cukup kuat untuk dilabelkan sebagai antiISLAM sedangkan kewujudan persatuan itu lebih banyak menumpukan gerak kerja politik yang kadangkala berlawanan dengan Islam.

Apakah persatuan-persatuan lain tidak dianggap Islam
sedangkan diterajui oleh pelajar Islam dan gerak
kerjanya menumpukan ke arah melahirkan mahasiswa yang erketrampilan,dedikasi,amanah,bertanggungjawab dan mulia yang selaras dengan Islam.

Apakah kita mampu mengambilalih tugas Allah, yang
boleh menentukan seseorang itu Islam atau antiIslam
atau seorang itu boleh masuk syurga atau neraka.

Harap saudara pembaca berfikir secara kritis, tulisan
liar laman web detikdaily ini.

Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM Memang Anti-Islam


Oleh : ABU MUHAMMAD


Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat
oleh Datuk Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Berita Harian pada
21 Januari 2002 selain ingin mengulas beberapa
perkembangan terbaru di UiTM. Kenyataan akhbar beliau
ini dilihat amat merbahaya untuk survival sistem
pendidikan negara yang selama ini dirangka berdasarkan
kepada sistem pendidikan Islam malahan ia secara tidak
langsung telah mencemar kewibawaan UiTM sebagai
isntitusi Bumiputera atau Islam.

Secara kasar, keputusan UiTM untuk merombak semula
kursus kokurikulum adalah tindakan yang tepat pada
masanya bilamana krisis akhlak pelajar UiTM sudah
heboh dan menjadi buah mulut masyarakat Shah Alam.
Apatah lagi, JAIS dalam kenyataannya juga di Berita
Harian pada penghujung tahun lepas melaporkan bahawa
kelompok pelajar UiTM adalah yang kerap ditangkap
berkhlawat dan berzina. Justeru itu , tidak salah lagi
jika ada yang membuat tanggapan bahawa sistem
pendidikan UiTM atau kursus kokurikulum UiTM telah
gagal memainkan peranan berkesan untuk memantapkan
sahsiah para pelajar.

Namun begitu, saya percaya alasan paling munasabah
punca kepada tindakan ini ialah kerana kebencian NC
UiTM terhadap unsur-unsur Islam, mahu menjuarai
aktiviti-aktiviti membodek pemimpin negara dan juga
mahu dilabel sebagai pemimpin dunia akademik terulung
sepanjang sejarah tanahair. Saya yakin dan percaya,
selepas pengurangan semester mata pelajaran UIS,
penutupan Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB),
pengharaman nama Islam pada persatuan dalaman,
larangan Tazkirah Ramadhan dan sekatan Ceramah Agama di dalam kampus maka penghapusan ko-ADASI sudah tentu merupakan lanjutan dalam siri penghapusan unsur-unsur Islam di UiTM. Tindakan tidak demokrasi ini lahir kerana kebencian dan kedengkian yang mendalam NC UiTM
kepada nilai-nilai Islam dan ia amat memuncak bila
mana beliau mendapat kuasa autonomi pentadbiran UiTM. Beliau seolah-olah mengurus UiTM seperti sebuah parti politik sehingga terlupa tanggungjawabnya yang sebenar kepada nusa dan bangsa.

Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Bahagian Hal Ehwal Islam) dan BPR perlu segera
menyiasat kenyataan Datuk Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
ini yang nyata merupakan tindakan bersabit
penyalahgunaan kuasa, mempunyai niat jahat dan anti
pengamalan Islam. Masyarakat UiTM sedar wujud deretan lagi kes salahlaku Naib Canselor UiTM yang jelas mencabar sistem perundangan negara. Ini termasuklah; memberi kenaikan pangkat secara drastik dan menganugerahkan Prof. Madya kepada kroni-kroni
rapatnya, sesuka hati menukar pensyarah ke serata
pelusuk negara tanpa mengira keperluan akademik dan
membohongi YAB Perdana Menteri serta rakyat dengan
membuat kenyataan bahawa UiTM telah melaksanakan
pememecatan pensyarah dan menukar 47 yang lain
sedangkan tindakan ini belum lagi ambil pada ketika
tersebut. Nyata sekali, ini semua adalah sandiwara
beliau untuk berlagak menjadi Hero Tamil!

Sekali lagi, saya mendesak pihak Kementerian
Pendidikan, , Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Bahagian Hal Ehwal Islam) dan BPR supaya
menyempurnakan amanah serta sumpah jawatan dengan bertindak secara adil dan saksama. Mereka tidak boleh membiarkan imej pendidikan dan Islam terus
dipermain-mainkan dengan sewenang-wenagnya oleh NC UiTM serta membelakangkan hukum dan undang-undang. Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan masyarakat UiTM terhadap kredibiliti dan reputasi pendidikan UiTM yang disifatkan tercemar begitu teruk. Ketegasan dan keberanian semua pihak amat mustahak demi kebaikan semua.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved