StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 3, 2002 9:18 PM

Suara Anum.com Suara Anak Muda untuk Anwar Ibrahim


Unit Pendidikan Politik Institut Kajian Dasar(UPPIKD)
organ parti Keadilan melancarkan laman web khas, Suara Anum.Com yang ditujukan khas kepada mahasiswa dan anak muda.

Laman ini diketuai oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, pelajar
kolej swasta yang merupakan unit IT UPPIKD.

Antara penulis-penulis proreformasi yang terlibat
dalam laman ini adalah Nurul Izah Ibrahim, Faizal
Tehrani dan beberapa anak muda lain.

Antara lain objektif penyiaran laman ini bertujuan
untuk menyalurkan suara alternatif kepada mahasiswa
dan anak muda di negara ini.

Salah satu artikel dalam laman ini.

Salut buat anak muda reformasi!

Bermula dengan September 1998, tenaga anak muda banyak memainkan peranan dalam gerakan gelombang kebangkitan rakyat. Dalam pelbagai siri perhimpunan aman yang lalu, anak-anak muda dari pelbagai lapisan turut memeriahkan suasana, dari mahasiswa, pekerja kilang, mat despatch dan lain-lain yang merupakan anak-anak muda yang tidak sanggup melihat kezaliman berlaku di depan mata dan terus-terusan berlaku. Anak-anak muda ini bakal pelopor politik baru buat Malaysia.
Peristiwa September 1998 telah membuka mata anak-anak muda untuk menentang rejim Mahatir dengan kuasa diktatornya dan tidak sanggup melihat negara yang diwarisi, menjunam menuju kehancuran. Semakin lama semakin besar jumlah anak-anak muda yang turut dalam gerakan ini. Semangat ini harus disanjungi dan
dihormati.

Di dalam dunia ini anak mudalah menjadi teraju pembuka sejarah . Sejarah juga telah menunjukkan anak-anak muda yang dipimpin oleh pelajar dan mahasiswa telah menumpaskan General Hj Muhamad Suharto di Indonesia, Ferdinand Marcos di Filipina dan General Pak Chung Hee di Korea. Pelajar dan mahasiswa juga telah memulakan Gerakan Demokrasi yang menggoncangkan birokrasi komunis di Cina

Pelbagai pertubuhan pelajar dan mahasiswa wujud untuk menentang segala bentuk kezaliman, ketidakadilan dan kerakusan kuasa pemerintah. Anasir-anasir polis digunakan bagi menakutkan golongan-golongan anak muda ini. Ramai di kalangan anak-anak muda yang dibelasah dan ditekan oleh anasir-anasir polis serta pemerintah yang takut dengan kebangkitan anak-anak muda. Pelbagai tohmah dan mehnah dilontarkan bagi terus-terusan menekan anak-anak muda. Mahasiswa pula diambil tindakan digantung sebelum apa-apa kesalahan disabitkan. Tindakan ini adalah untuk menyepikan laungan anak-anak muda yang menentang kezaliman ISA.

Jangan gentar, wahai anak-anak muda diam tak bererti
menyerah kalah. Terus kuatkan barisan, gunakan apa jua saluran yang masih boleh dilalui. Mereka tidak akan
dapat melunturkan semangat anak muda. Sekiranya mereka fikir dengan tekanan demi tekanan yang dikenakan akan mematahkan semangat anak muda, mereka salah perhitungan. Pelbagai cara masih boleh kita sumbang. Buktinya lahir pelbagai laman-laman web untuk terus membakar semangat Reformasi. Dengan wujudnya laman web baru seperti SuaraAnum.com ini dapat menggarap pemikiran anak muda yang kritis. Sekurang-kurangnya anak-anak muda dapat meluahkan kebejatan hari mereka melalui laman web yang tidak mampu di cantas oleh anasir-anasir kerajaan. Suara-suara anak muda dapat terus didengar.

Rakyat yakin bahawa anak-anak muda yang kental
semangat juangnya tidak akan terus menyerah. Lihatlah
contoh di Afghanistan bagaimana mereka golongan yang kecil dapat sekurang-kurangnya bersaing dengan kuasa besar yang lengkap dengan pelbagai peralatan canggih. Dengan izin Allah kita juga pasti boleh melakukannya. Apa yang perlu anak-anak muda reformasi perlu bersatu dan terus berganding bahu dengan rakyat. Harapan ke atas anak-anak muda adalah tinggi. Baik dimana kita berada, apabila turun bersama-sama masyarakat kampung dan juga bandar, terpancar wajah yang penuh harapan dan bangga melihat semangat anak-anak muda yang
mahukan perubahan. Wahai anak muda ! Kami berbangga dengan semangat kalian, kalianlah harapan kami. Teruskan ! kata seorang pakcik. Salut untuk anak muda reformasi!

Mas - UAI (Universiti Anwar Ibrahim)


Halaman Utama

 

Oleh:

CyberMalay

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved