StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Monday, February 11, 2002 8:39 PM

Fuad Ikhwan simbol keberanian Aktivis Pelajar


Fuad Ikhwan bekas Timbalan Presiden Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN) boleh dianggap simbol keberanian aktivis mahasiswa dekad ini.

Banyak isu yang diperjuangkan pada masanya. Antaranya yang terbesar adalah PTPTN dan isu campurtangan pihak luar.

Keberaniannya jelas terserlah dengan mengkritik kepimpinan Menteri Pendidikan, yang diistilahkannya sebagai tidak mahu bekerjasama.

Malah, dia hanya menggunakan istilah 'Musa' sahaja, tidak seperti rakan-rakan pimpinan pelajar yang lain, menggunakan budi bahasa dengan panggilan Tan Sri Musa Mohamad.

Sekurang-kurangnya Fuad tidak hipokrit seperti pimpinan pelajar MPP IPTA masa kini, yang bersikap 'hipokrit' sanggup mengaku 'penyokong aspirasi kerajaan' walhal sebenarnya mereka dari kelompok propembangkang.

Kalau semua MPPIPTA yang bertanding dalam pilihanraya kampus baru-baru proaspirasi kerajaan, habis dengan siapa kelompok itu bertanding.

Adakah semua kepimpinan MPP yang ada sekarang ini menang tanpa bertanding.

Habis, kenapa wujud kelompok IPU Vs TSB(UKM), PMIUPM vs Dinamik/QKP(UPM), PMIUTM vs Wawasan(UTM),GMUM vs MGMUM(UM), SAFF vs SAHABAH(UIAM) dan PMIUSM vs GMB(USM)

Kelompok manakah yang diwakili TSB, Dinamik/QKP, Wawasan,MGMUM,Sahabah dan GMB.Pro-pembangkang?. Manakala kelompok IPU, PMIUTM, GMUM,SAFF dan PMIUSM pula benarkah mewakili proaspirasi kerajaan?

Jangan kita bersikap talam dua muka, sanggup menjadi munafik kepada 'amir' , lantaran takut dilabel sebagai propembangkang.

Terimalah hakikat sebenar seperti aktivis MPP sebelumnya.

Dipetik dari laman web DEMA

------------------------

MUSA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Oleh : Mohd Fuad Mohd Ikhwan

Timbalan Pengerusi BBMN

18 April 2001 Mahasiswa telah kesal dengan sikap Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad yang terus tidak bertanggungjawab terhadap bantahan dan tuntutan mahasiswa.

Musa bukan sahaja enggan bertanggungjawab bahkan enggan menerima memorandum yang dihantar kepadanya.

Baru-baru ini Musa hanya mengarahkan pengawal peribadi yang juga pemandu beliau untuk melayan memorandum mahasiswa. Ini jelas menunjukkan sikap pengabaian beliau terhadap mahasiswa.

Mahasiswa juga telah cuba mengadakan usaha diplomasi dengan beliau. Setiap kali memorandum dihantar Musa tidak pernah melayan dengan baik.

Musa juga tidak pernah cuba memanggil pimpinan mahasiswa untuk berdialog dan berbincang tentang masalah pendidikan di Malaysia. Mahasiswa sudah bosan dengan sikap Musa yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu pendidikan.

Musa hanya berdiam diri dan membiarkan Pak Lah dan pihak PTPTN menjawab isu ini. Musa sebelum ini juga telah mengabaikan tanggungjawab beliau dalam isu Pusat Asasi Universiti Malaya.

Pusat Asasi telah ditutup kerana arahan Kementerian Pendidikan sebelum ini tetapi beliau tidak mahu bertanggungjawab bahkan menyerahkan kepada Naib Canselor UM untuk bertindak menangai isu ini sehingga Naib Canselor dikambinghitamkan sendiri oleh beliau.

Musa juga enggan bertanggungjawab dalam isu Penstrukturan semula Jabatan Pengajian Malayu di UKM. Beliau melepaskan tanggungjawab menyelesaikan masalah ini kepada pihak UKM sendiri.

Begitu juga dalam isu SRK Cina Damansara, beliau tidak mahu bertanggjawab menyelesaikan isu ini bahkan menyerahkan isu ini untuk diselesaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan


Halaman Utama

 

Oleh:

SiswaJihad

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved