StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Friday, March 15, 2002 11:18 PM

Propembangkang - Perbezaan pendapat bukan ukuran


Utusan Malaysia, 4 Disember 2001

PELAJAR yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan beberapa polisi atau tindakan kerajaan tidak boleh dilabel sebagai propembangkang, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan.

Menurutnya, perbezaan pandangan adalah satu lumrah dan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

``Perdana Menteri juga dalam lawatan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah memberikan reaksi yang sama keatas persoalan perbezaan pandangan,'' jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat antara pelajar dan kerajaan di UIAM, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Selain UIAM, pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2001/2002 yang berlangsung minggu lalu secara serentak di semua IPTA kecuali UIAM dikatakan menyaksikan kemunculan dua kelompok calon.

Calon yang dilihat sealiran dan sentiasa menyokong dasar universiti dan kerajaan akan dikelompokkan kepada golongan proaspirasi kerajaan.

Sementara golongan yang sentiasa menyuarakan penentangan serta mempersoalkan dasar universiti dan pentadbiran dikatakan propembangkang.

Dalam keputusan pilihan raya kampus itu, calon proaspirasi kerajaan dikatakan menguasai tujuh daripada 13 universiti.

Tujuh universiti itu ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTHO) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Calon proaspirasi kerajaan menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di UUM, UiTM, KUITHO dan KUIM

Enam universiti yang dikuasi oleh calon propembangkan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dr. Mohd. Kamal menambah, beliau bersetuju dengan jawapan Perdana Menteri bahawa pelajar boleh meluahkan pandangan masing-masing selagi ia tidak melibatkan sebarang bentuk demonstrasi.

``Sekiranya pelajar berdemonstrasi, ia akan hanya merugikan mereka dan institusi pendidikan yang mereka wakili,'' katanya lagi.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved