StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    updated on Sunday, January 27, 2002

UTM ambil langkah drastik atasi KMM


SKUDAI 25 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
mengambil langkah drastik termasuk menjalankan
`gerakan pembersihan' bagi memastikan unsur-unsur
negatif khususnya gerakan militan tidak berkembang di
universiti tersebut.

Naib Canselornya, Datuk Dr. Mohd. Zulkifli Mohd.
Ghazali berkata, antaranya ialah mengasingkan
pentadbiran Masjid Sultan Ismail yang terletak dalam
kampus universiti itu yang selama ini dikuasai oleh
Fakulti Pengajian Islam.

Katanya, ia bagi memastikan masjid itu bebas daripada
sebarang pengaruh militan terutama yang dibawa oleh
penceramah-penceramah luar.

``Pihak universiti itu juga turut mengambil langkah
memperkemaskan tahap keselamatan dalam universiti
termasuk mengawal ketat tempat menyimpan senjata api yang digunakan untuk keperluan latihan Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (Palapes),'' katanya di sini hari ini.

Malah keanggotaan pasukan Palapes juga akan ditapis
ekoran salah seorang pensyarah yang ditahan itu,
Roshelmy Md. Sharif pernah memohon untuk
menganggotainya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan
polis menahan dua pensyarah universiti dalam operasi
yang bermula 5 Januari lalu hingga Isnin kerana
disyaki terlibat dalam kumpulan militan KMM.

Kedua-dua mereka ialah Roshelmy, 30 Idris Salim, 33,
yang merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan
Sains Geoinformasi.

Dengan penangkapan terbaru itu menjadikan sebanyak
tiga pensyarah UTM dari fakulti yang sama didapati
terbabit dengan kumpulan militan yang dipercayai
mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.

Awal bulan ini polis telah memberkas 13 orang anggota
kumpulan militan KMM termasuk, Dr. Abdullah Daud, 47, yang berasal dari Kelantan telah berkhidmat sebagai
kakitangan UTM selama 20 tahun.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Zulkifli berkata, Masjid
Sultan Ismail akan ditadbir oleh seorang pengarah yang
dilantik di kalangan profesor universiti tersebut dan
akan dianggotai oleh beberapa ahli jawatankuasanya.

``Kita akan jadikan masjid itu sebagai satu pusat
rujukan bukan sahaja di kalangan warga kampus UTM,
malah masyarakat setempat.

``Kaedah ini kami yakin dapat membersihkan rumah Allah itu daripada sebarang kegiatan yang boleh mencemarkan syiar Islam.

``Selepas ini masjid akan diletakkan terus di bawah
naungan Naib Canselor dan semua mereka yang hendak memberi ceramah di dalam atau di luar universiti
mestilah mendapat kelulusan daripada pengarahnya,''
kata Dr. Mohd. Zulkifli.

Selain itu katanya, pihak universiti juga telah
mengarahkan Palapes agar menapis dengan rapi terhadap mana-mana individu yang ingin menjadi anggota pasukan tersebut.

``Sebagai warga kampus UTM, insiden ini amat
mengecewakan kami, bagaimanapun kami terpaksa menerima hakikat itu.

``Kita tidak berupaya untuk mengawal pergerakan dan
kegiatan setiap 1,600 pensyarah yang ada di universiti
ini atau memastikan rekod-rekod mereka bersih 100
peratus,'' ujarnya.

Bagaimanapun, kata Dr. Mohd. Zulkifli, pihak
universiti secara berterusan mengambil langkah
berjaga-jaga dan memantau segala pergerakan mereka.

Kepada satu soalan Dr. Mohd. Zulkifli berkata:

``Kita merasakan kegiatan mereka tidak mempengaruhi
para pelajar di sini, kerana perkara ini merupakan
satu kegiatan yang dibuat di luar universiti dan luar
kampus.

``Kami pun tidak mengetahui secara terperinci mengenai kegiatan mereka, jadi yang kita sedia maklum jika ada benda-benda macam ini berlaku, cepat-cepat kita kawal dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.''


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Maznah

Mohd. Arsad

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved