StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Sunday, February 3, 2002

Benarkan Politik Kampus proksi Politik Luar?


Ramai yang tidak bersetuju dengan label proaspirasi
atau propembangkang yang ditujukan kepada kelompok MPP IPTA baru-baru ini.

Presiden MPP UKM,UPM,UTM dan semua MPPIPTA menafikan kepimpinan mereka dilabelkan sebagai propembangkang.

Alasannya, 'kenapa kami boleh dilabelkan sebagai
kelompok propembangkang, sedangkan kami bertanding secara individu'.

GPMS dan MBM juga tidak bersetuju dengan label itu.

Namun, laman web proreformasi, Web Reformis mengakui wujud kelompok propembangkang di kampus. Malah laman itu mendakwa mahasiswa propembangkang masih lagi dominan di kampus apabila memenangi kampus utama iaitu; UM,UKM,UPM,UTM, UIAM dan USM.

Sekaligus, laman itu masih menganggap pertandingan
berkumpulan masih lagi dipraktikan, walaupun pada
kulitnya nampak pertandingan secara individu

Mahasiswa pro pembangkang menang besar di lima kampus 'perdana' - Ekslusif WR

Oleh Wartawan WR

KUALA LUMPUR:Lima universiti perdana iaitu Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dikuasai oleh kumpulan pro Keadilan dan PAS.

Ini berdasarkan keputusan yang diperoleh secara rasmi
hari ini. Di UKM, kumpulan tersebut yang diterajui
oleh Tindakan Siswa Bersatu (TSB) hanya memenangi satu kerusi daripada 33 kerusi Kawasan Umum dan Fakulti.

Calon proparti pembangkang dari Islam Penyelamat Ummah (IPU) menyapu bersih sembilan kerusi di Kawasan Umum dan menguasai 20 daripada 23 kerusi Kawasan Fakulti. Calon TSB dan seorang calon bukan bumiputera dari kelompok proparti politik perkauman, masing-masing memenangi satu kerusi di Kawasan Fakulti.

Enam calon IPU menang tanpa bertanding di Kawasan
Fakulti. Bekas Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM sesi 2000/2001, Abdullah Abdul Karim mengulangi kejayaannya dengan mengekalkan kemenangannya di Kawasan Umum kali ini.

Jurucakap itu berkata, Fakulti Pengajian Bahasa pula
menyaksikan tidak ada pertandingan diadakan apabila
kedua-dua kelompok tidak meletakkan calon mereka di
kawasan berkenaan. Sebanyak 68.3 peratus daripada
15,835 pelajar membuang undi di UKM semalam.

Tinjauan WR di UPM pula mendapati, kumpulan
proaspirasi kerajaan hanya memenangi tiga daripada 39
kerusi. Kelompok proparti pembangkang menyapu bersih kesemua 13 kerusi Kawasan Umum dan memenangi 22 daripada 26 kerusi Kawasan Fakulti yang dipertandingkan.

Pegawai Perhubungan Awam UPM, Mohd. Rusdy Hasan berkata, calon-calon yang berjaya dikehendaki
menubuhkan MPPUPM sebelum 12 Disember ini kerana
senarai lengkap pemegang jawatan perlu diserahkan
kepada Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr.
Mohd.Zohadie Bardaie pada tarikh tersebut.

Beliau memberitahu, satu perbincangan antara calon dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor
Madya Dr. Idris Abdol bagi pelantikan empat jawatan
utama akan diadakan sebelum 12 Disember ini.

"Empat jawatan utama itu ialah Presiden,
TimbalanPresiden, Setiausaha Agung dan Bendahari,''
jelasnya. Menurutnya, hanya 41.5 peratus daripada
15,489 pelajar keluar mengundi di UPM semalam. Di USM, kelompok proparti pembangkang memenangi 22 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan dengan calonnya, Ahmad Mahfuz Najhan Shahar Murshid dari pengajian Sains Pendidikan memperoleh undi tertinggi iaitu 4,019.

Kira-kira 55 peratus pelajar universiti tersebut
keluar mengundi pada tahun ini iaitu meningkat tujuh
peratus berbanding tahun lalu. Selain itu, di UM,
kumpulan proparti pembangkang berjaya menguasai 36
daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Sebanyak 52.3 peratus pelajar keluar mengundi di universiti itu
semalam.

Di UTM, kelompok proparti kerajaan hanya memenangi 13 daripada 45 kerusi Kawasan Umum dan fakulti. Bagi
Kawasan Umum, kelompok proparti kerajaan berjaya
menguasai 10 daripada 15 kerusi manakala tiga daripada 30 kerusi Kawasan Fakulti.

Calon jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Ahmad Zaki
Salikin memperoleh undi tertinggi iaitu 6,244 undi.
Hanya 37.8 peratus daripada keseluruhan pelajarnya
yang berjumlah 28,917 orang keluar mengundi semalam.

Bagaimanapun, kelompok proaspirasi kerajaan berjaya
menguasai tujuh daripada 12 institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) yang mengadakan pilihan raya kampus Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2001/2002 serentak semalam. Kesemua tujuh universiti tersebut menyapu bersih semua kerusi Kawasan Umum dan Kawasan Fakulti yang dipertandingkan.

Universiti-universiti tersebut ialah Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia
(UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti
Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO) dan Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM). Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan di UiTM, 27 kerusi di UUM, 23 kerusi di UMS, 11 kerusi di Unimas, 18 di UPSI, 21 kerusi di KUiTTHO dan 11 kerusi di KUIM.

Keputusan pilihan raya di institut berkenaan kecuali
UPSI telah diketahui secara tidak rasmi semalam
seperti yang disiarkan oleh Utusan dan ia disahkan
menerusi keputusan rasmi hari ini. ~ WR Crew

Wartawan WR
www.webreformis.cjb.net


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved