StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 8:37 PM

PKPIM sokong henti label pelajar


KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong seruan menghentikan melabel pelajar sebagai pro-aspirasi kerajaan atau pro-pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini telah menyeru kesemua pihak supaya menghentikan melabel pelajar sebagai menyokong apa jua pihak.

Presiden PKPIM, Mohd Zaidi Aziz, berkata semua pihak termasuk pihak penguruan Universiti perlu menyahut seruan tersebut kerana budaya melabel memberi kesan yang tidak sihat dan prejudis di kalangan mahasiswa dam masyarakat.

Katanya, PKPIM berpendapat mahasiswa perlu diberi peluang untuk menyatakan pendirian apatah lagi mengkritik berasaskan idealisme dan bersandarkan ilmu serta memelihara adab dalam memberi pendangan.

"Apabila dikritik tidak wajar mana-mana pihak sama ada universiti, kerajaan, pembangkang, mahupun oragnisasi terus melatah sehingga melabel pelajar sokong pembangkang mahupun kerajaan dengan meletakkan mereka tidak mengenang budi, militan dan sebagainya.

Katanya tuduhan seperti ini menampakkkan pihak terbabit tidak mengamalkan sikap terbuka ataupun mendengar secara intelektual dan profesional.

"Justeru itu, PKPIM berharap pelbagai pihak, bukan hanya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan Beliau dan Sukan, bekerjasama mewujudkan pelbagai medium-medium perbincangan untuk membentuk dan memperhalusi generasi muda supaya dapat memainkan peranan di dalam sektor ekonomi, pembangunan sosial dan sebagainya," kata Zaidi.

Sehubungan itu, PKPIM meminta semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) supaya bersifat inklusif daripada bersifat eksklusif.

Ini katanya, kerana MPP bersifat pro-aktif untuk melibatkan semua warga kampus untuk berpatisipasi dalam semua kegiatan terutamanya yang membina perkembangan keintelektualan.

"MPP perlu mengelakkan sikap untuk bersifat ekslusif kepada kelompok mahasiswa tertentu ataupun meminggirkan mereka yang kalah dalam pilihan raya kampus yang lalu," kata Zaidi.

Selain itu, katanya aktiviti-aktiviti keintelektualan dan pembukaan minda perlu diperbanyakkan di kalangan mahasiswa dengan sokongan pelbagai pihak daripada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan profesional.

"Oleh itu semua pihak harus digerakkan bagi memastikan Institut Pengajian Tinggi melahirkan pelajar yang berkualiti dan teguh fizikal dan mental serta rohaninya sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara," tambah Zaidi lagi.


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber
HarakahDaily

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved