StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, January 27, 2002

Pensyarah anggota KMM cuba sertai Palapes UTM


SKUDAI 25 Jan. - Salah seorang daripada 10 anggota
kumpulan militan KMM yang ditangkap oleh polis,
Roshelmy Md. Sharif didapati cuba untuk menjadi
anggota Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (Palapes)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.

Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Mohd. Zulkifli Mohd.
Zulkifli berkata, Roshelmy, 30, yang merupakan
pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi di universiti ini ada mengemukakan
permohonan untuk menjadi anggota pasukan itu.

``Bagaimanapun permohonan ditolak setelah kami
dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa beliau
dikehendaki oleh polis.

``Berikutan itu saya selaku Komander dan Kolonel
Kehormat Palapes UTM, telah mengarahkan Pegawai
Kejurulatihan, Mejar Md. Nadzri Aris agar melakukan
penapisan dalam mengambil anggota baru pasukan itu,'' katanya di sini hari ini.

Dr. Mohd. Zulkifli berkata, mereka yang ingin menjadi
anggota Palapes dikehendaki menjalani penapisan yang akan dilakukan oleh pihak polis dan perisik tentera.

Sementara itu, katanya, UTM juga akan mengawasi
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi bagi
memastikan para pensyarah dan pelajar di fakulti
berkenaan tidak terpengaruh dengan kegiatan militan.

Beliau berkata, pemantauan itu terpaksa dilakukan
berikutan tiga pensyarah daripada fakulti itu telah
diberkas oleh polis setelah disyaki terbabit dengan
kumpulan militan KMM.

Ketiga-tiga pensyarah terbabit, Dr. Abdullah Daud,
yang ditangkap pada awal bulan ini dan dua lagi,
Roshelmy dan Idris Salim, 33, diberkas dalam operasi
yang dilakukan oleh polis dari 5 Januari hingga Isnin
lepas.

``Dalam pertemuan yang diadakan semalam, saya meminta kakitangan di fakulti tersebut khususnya pensyarah agar menjalankan tanggungjawab dengan menumpukan perhatian khususnya meningkatkan kesarjanaan masing-masing,'' ujarnya.

Fakulti itu mempunyai 86 pensyarah dan kira-kira 2,000
pelajar.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Maznah

Mohd Arsad

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved