StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 3, 2002 9:11 PM

Pensyarah tidak disekat berpolitik


PULAU PINANG 1 Feb. - Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa arahan mewajibkan semua kakitangan kerajaan menandatangani surat akujanji tidak akan menghalang kebebasan akademik dan berpolitik para pensyarah negara ini.

Menterinya, Tan Sri Musa Mohamad berkata, pelaksanaan arahan menandatangani surat akujanji tidak menghalang para pensyarah yang mengajar kursus tertentu untuk membincangkan hal ehwal politik ketika sesi kuliah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya perbincangan mengenai hal
tersebut perlu berlandaskan fakta-fakta yang kukuh
hasil dari kajian yang mendalam mengenai sesuatu isu
dan tidak berbaur fitnah.

Menurut beliau, mereka dibenarkan berbuat demikian dan tidak akan diambil tindakan kecuali jika melanggar
Akta Badan Berkanun dan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971.

``Masalah timbul apabila ada pensyarah yang
membincangkan hal ehwal politik berdasarkan andaian
sendiri yang disimpul dari risalah serta surat layang
yang diterima,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Rumah
Alumni USM dan menyaksikan upacara menandatangani surat akujanji oleh semua dekan dan ketua jabatan pusat-pusat pengajian USM di sini hari ini.

Katanya, ahli akademik perlu tahu sempadan di antara
perbincangan berbentuk akademik atau tidak serta hanya membincangkan topik-topik berkaitan politik yang
sesuai untuk dibincangkan dengan pelajar di dalam
kuliah.

Bagi ahli akademik yang melibatkan diri dalam politik,
termasuk menjadi ahli parti pembangkang, jelas beliau,
mereka perlu bersikap adil dengan tidak
mencampuradukkan perkara yang berbentuk peribadi dalam tugas akademik mereka.

Menurutnya, urusan menandatangani surat akujanji di
kalangan ahli akademik dan kakitangan kementerian
tersebut akan mengambil masa berikutan jumlah mereka yang ramai iaitu hampir sejuta orang.

Musa berkata, arahan penutupan Sekolah Tarbiyah
Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Johor,
untuk siasatan berkaitan kegiatan Kumpulan Militan
Malaysia (KMM) dibuat kerana ia beroperasi secara
haram.

Menurutnya, sekolah itu tidak pernah berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Beliau memberitahu, murid-murid di sekolah itu ada
yang berpindah ke sekolah lain dan kementerian akan
menimbang jika ada pemohonan memasuki sekolah-sekolah agama kerajaan di sekitar negeri tersebut.


Halaman Utama

 

Oleh:

Nor Aziah Jaafar

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved