StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 8:43 PM

DEMA hentikan Sandiwara!


Badan Pelajar haram Cina (DEMA) sewajarnya menghentikan sandiwara yang dilakukan ke atas gerakan pelajar cina IPTA.

Usah berselindung di sebalik permainan "Persatuan Bahasa Tionghua(PBT)" IPTA, kerana sandiwara itu akan mengeruhkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Apa sudah jadi dengan aktivis mahasiswa PBT USM kalau tidak mereka dikenakan tindakan tatatertib. Walaupun, DEMA sering menyalahkan pentadbiran USM, tetapi hakikatnya, aktivis mahasiswa PBT melakukan kesalahan mengikut tatatertib AUKU.

Salahkah, universiti menjalankan tugasnya, sebagaimana yang termaktub dalam akta tersebut?

Siapa di sebalik permainan demonstrasi pelajar UTM mendesak penilaian semula pemilihan MPPUTM lepas.

Pilihanraya kampus UTM berpihak kepada kelompok yang sealiran dengan perjuangan kamu. Apa lagi yang perlu dibisingkan?.

Kenapa kes pemilihan itu, sampai perlu dimajukan kepada pihak ketiga-SUHAKAM-yang tidak ada kena mengena dengan soal ini.

Cukuplah DEMA! Hentikan sandiwara itu.

Hakikatnya, akan sentiasa memperalatkan pihak lain. Kali ini PBT, sebelum ini SOS.

Terimalah hakikat, DEMA juga alat kepada parti DAP.

Dipetik dari laman web DEMA

Hom perlu memberi penjelasan atas kes Chia Oai Peng

DEMA mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati mereka tentang hal timbalan profesor jabatan kesusasteraan Cina universiti Malaya yang juga merupakan bekas ahli jawatankuasa PIBG sekolah rendah Damansara ,Chia Oai Peng yang dialami tindakan diambil terhadapnya baru-baru ini setelah mengbongkarkan perkembangan keseluruhan sebenar berkenaan dengan isu pemindahan sekolah rendah Damansara.

DEMA menjelaskan,Profesor Cheah merupakan minoriti daripada golongan cendekiawan yang mempunyai semangat mengkritik,beliau bukan sahaja telah mengemukakan pandangan teliti dan jelas tentang isu-isu semasa,malah beliau juga pernah diundang sebagai salah seorang penceramah di"Dialog Peradaban Mahasiswa"yang dianjurkan oleh DEMA.Kini,beliau pula menerima surat amaran disebabkan membongkarkan tipu muslihat dalam perkembangan keseluruhan sekolah Damansara.

Berhubung kait dengan ini,DEMA meminta Timbalan menteri pendidikan,Dato Hom Choon Kim untuk memberikan satu penjelasan yang munasabah.DEMA berpendapat,Hom tidak patut hanya berkata"kamu pergi tanya pihak UM",sejurus itu menyerah balik persoalan itu kepada pihak universiti kerana UM juga merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang dikendalikan oleh kerajaan.Oleh demikian,Hom bertanggungjawab untuk menjelaskan perkembangan keseluruhan kepada umum.

Berdasarkan surat yang disampaikan kepada profesor Chia yang bertarikh 2,Feb menunjukkan bahawa pihak UM adalah diarahkan oleh pegawai khas jabatan pendidikan untuk memberitahu bahawa Chia telah melanggar undang-undang pertubuhan 2001 disebabkan ulasannya di atas internet.Dengan itu,beliau perlu menjelaskan sebab-sebab kenapa tidak patut dipecat oleh pihak universiti.

DEMA berpendapat,amat jelas pihak universiti tidak memegang prinsip demokrasi semasa mengambil tindakan.Oleh sebab itu,DEMA menyeru umum supaya 'mencungkilkan'keluar 'kuasa sulit' yang mengambil tindakan terhadap Chia supaya mengembalikan keadilan kepada beliau.

DEMA juga menyeru orang awam menampilkan diri supaya berusaha untuk mempertahankan demokratik institusi pengajian dan kebebasan dalam akademik untuk mengembalikan wajah asal sesebuah institusi pengajian tinggi.

oleh:DEMA


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved