StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 24, 2002

Kenyataan Akhbar - Pelajar UTM boleh dikenakan tindakan


Sumber: Utusan Malaysia

NAIB Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Zulkifli Ghazali memberi peringatan kepada pelajar universiti itu terutamanya ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) supaya tidak membuat sebarang kenyataan kepada mana-mana akhbar tanpa kelulusan daripada Unit Perhubungan Awam universiti.

Menurutnya, ini penting bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan kerana perkara tersebut adalah dilarang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1997.

Sehubungan itu katanya, jika akhbar menyiarkan berita-berita daripada mahasiswa yang tidak diluluskan oleh unit tersebut maka secara tidak langsung ia mengheret dan menganiaya pelajar terbabit.

``Ini bermakna pelajar tersebut telah melanggar peraturan AUKU.

``Kalau ini berlaku yang menjadi mangsa adalah pelajar berkenaan, kerana menerusi AUKU kita boleh kenakan tindakan tatatertib termasuk membuang mereka dari kampus,'' katanya kepada Utusan, di Skudai, Johor, baru-baru ini.

Sementara itu Dr. Mohd. Zulkili juga berkata, pihaknya telah melantik seorang hafiz al-Quran, Juhazren Junaidi sebagai Presiden MPM-UTM yang baru.

Menurutnya pelantikan Juhazren, 20, dari Fakulti Pendidikan secara langsung menyaksikan para pemimpin MPM universiti itu kali ini didokongi oleh pemimpin-pemimpin yang menyokong kerajaan.

Manakala jawatan Timbalan Presiden di sandang oleh Maziah Mokhtar; Setiausaha Agung, Nabil Abdul Rahman dan Bendahari di sandang oleh Lee Wan Ying.

Dr. Mohd. Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat yang diadakan baru-baru ini bagi memilih keempat-empat pemimpin MPM berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung pemilihan empat siswa tersebut Dr. Mohd. Zulkifli berkata, pada dasarnya pihak universiti merasa lega dengan keputusan pilihan raya kali ini.

``Walaupun terdapat pelbagai analisis negatif khususnya yang dibuat oleh media, dengan menyatakan kelompok proaspirasi kerajaan gagal menguasai kerusi secara 100 peratus, tetapi apa yang penting pada kali ini mereka bertanding atas nama individu,'' ujarnya.

Katanya berdasarkan pengamatan yang dibuat selepas pilihan raya yang diadakan pada 26 November lepas, mereka yang memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan memberi pengakuan bahawa mereka adalah penyokong kerajaan.

Sementara itu Juhazren ketika diminta mengulas kemenangannya menjawat jawatan Presiden MPM-UTM berkata, pihaknya berazam untuk memperjuangkan isu-isu tertentu meliputi aktiviti-aktiviti kebajikan dan aspirasi kemahasiswaan.

``Pilihan raya kampus diadakan untuk memilih barisan pelajar bagi mewakili suara mahasiswa sesebuah universiti, untuk itu saya akan berusaha memenuhi hasrat tersebut,'' katanya.

Tambah Juhazren, harapan MPM-UTM ialah untuk turut sama memikul memikul aspirasi kerajaan amnya dan UTM sendiri khasnya, yang mahu menjadikan UTM sebagai universiti bertaraf dunia.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved