StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, March 5, 2002 9:19 PM

Mahasiswa mesti idealistik bukan hipokrit


Sumber: Majalah MASSA,10-16 Feb 2001

CABARAN besar yang dihadapi mahasiswa di institusi pengajian tinggi sekarang ialah mempamerkan identiti sebagai golongan intelektual yang dihormati. Perjuangan mereka dicemuh kerana bertopengkan pembangkang. Kebangkitan mereka sebagai mahasiswa dalam memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara dipertikaikan gara-gara sealiran dengan pembangkang. Keadaan ini benar-benar menghambat mereka untuk membuktikan keterampilan mereka tiada kena mengena dengan aliran pembangkang. Malah kebanyakan pemimpin pelajar ini berpendapat, mahasiswa tidak hanya perlu 'berkubang' dalam pengkhususan ilmu semata-mata sebaliknya menjangkaui setiap permasalahan dan fenomena masa kini. Namun apa membimbangkan sekarang ialah motif penglibatan mereka dalam isu-isu politik.

Menurut bekas Ketua Pelajar Melayu Malaysia (1995-1996) di Kasturba Medical College Manipal India, Dr. Zubaidi Ahmad, apa yang dibimbangkan ialah senario politik di kampus yang memperlihatkan mahasiswa bercakap dengan nada pembangkang. Mereka mahukan perubahan namun perubahan yang diucap-kan oleh mahasiswa adalah yang diceduk ideanya bulat-bulat dari pembangkang. Menurutnya, mahasiswa sekarang tidak mampu mengeluarkan sendiri model pembaharuan mereka. Mereka terus mengabaikan kreativiti minda mereka dengan berkiblatkan kepada suara-suara yang menentang dari luar kampus.

"Gelombang ini dirasakan di mana-mana kampus di seluruh tanah air. Persoalannya sekarang mengapa mereka harus bercakap senada dengan politik pembangkang. Mengapa mereka tidak berhujah dengan kapabiliti mereka sendiri? Apa yang kita lihat mereka menolak mentah-mentah apa saja yang datang dari kerajaan sebaliknya mendukung apa yang diperjuangkan pembangkang? Apakah mereka sekarang menganut ideologi yang sama dengan pembangkang.

"Kita bersetuju bahawa setiap mahasiswa mempunyai idealisme tersendiri. Adalah menjadi janggal dan menjatuhkan martabat seorang mahasiswa jika mereka tidak mempunyai idealisme untuk diri mereka, bangsa Melayu dan, agama Islam. Kita sedar mereka adalah golongan harapan yang menjadi pelapis kepimpinan sekarang.

"Ini bermakna mereka harus mempunyai jati diri, keterampilan dan semangat untuk berbakti kepada masyarakat. Tetapi mereka haruslah mencari suatu platform agar suara mereka boleh didengar oleh kerajaan. Mereka tidak boleh mencari platform murahan di jalan raya. Tindakan menjerit di tepi jalan hanya menjatuhkan kredibiliti seorang mahasiswa," ujar beliau yang kecewa dengan tindakan segelintir mahasiswa.

Apa yang mengecewakan bekas pemimpin pelajar ini ialah kegagalan pemimpin-pemimpin pelajar ini untuk membentuk satu imej sebagai benar-benar bebas dari cengkaman mana-mana parti politik. Menurutnya, tidak ada guna pemimpin pelajar menafikan sokongan mereka terhadap pembangkang sekira-nya perbuatan dan tingkah laku mereka melambangkannya. "Orang tidak akan tuduh melulu kalau mahasiswa mempunyai jati diri dan identiti perjuangan sen-din," jelasnya.

Apa yang diharapkan ialah supaya kepimpinan mahasiswa hari ini membuang imej pembangkang dalam perjuangan mereka. Mahasiswa sekarang perlu membuktikan mereka juga setanding dengan pergerakan mahasiswa dahulu yang lebih bemas dalam melontarkan idea dan mempunyai matlamat perjuangan yang jelas.

Bekas pemimpin pelajar di Loughborough University of Technology United Kingdom, Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail (Setiausaha Politik Menteri Luar) juga kesal dengan perjuangan pemimpin-pemimpin pelajar hari ini yang dilihat tiada hala tuju yang jelas. Menurut beliau, jika dibandingkan dengan zaman-zaman 1970-an dan 1980-an, pemimpin pelajar dahulu lebih jelas hala tujunya. "Pemimpin pelajar di zaman itu memang cukup lantang dalam mengkritik kerajaan, tetapi mereka menggunakan landasan yang jelas sebagai mahasiswa. Apa yang kita persoalkan sekarang ialah apakah matlamat perjuangan mereka? Jika dahulu pemimpin mahasiswa membawa isu mengenai pencapaian orang Melayu dalam bidang akademik dan ekonomi, isu bahasa kebangsaan dan isu kuota kemasukan ke universiti, tetapi sekarang apa yang mereka perjuangkan untuk rakyat dan bangsa Melayu?

"Adakah memadai berjuang dengan hanya mengikut rentak isu yang dimainkan oleh pembangkang? Isu-isu ketidakadilan sosial, yang mereka perjuangkan bukan datang dari mereka sendiri tetapi dibawa oleh parti-parti pembangkang. Jadi apa yang dikatakan perjuangan mahasiswa," ujarnya ketika ditemui MASSA.

Menurut Dr. Ku Abd. Rahman, seki-ranya beliau masih lagi berperanan sebagai pemimpin pelajar, perkara pertama yang ingin terus diperjuangkan ialah soal masa depan bangsa Melayu. "Banyak perkara mengenai pencapaian orang Melayu yang belum diperjuangkan. Sekiranya kita sebagai pelajar tidak berusaha untuk mendesak kerajaan memperjuangkan perkara-perkara berkaitan orang Melayu, siapa lagi? Begitu juga isu bahasa kebangsaan, langsung tidak dipedulikan para mahasiswa.

"Pelajar dulu semangat nasionalismenya cukup tinggi hinggakan apa sahaja berkaitan Melayu akan diutamakan. Dan memang sebagai mahasiswa mereka sepatutnya mempunyai semangat nasionalisme untuk memperjuangkan sesuatu, tetapi malangnya kita lihat semangat nasionalisme mahasiswa sekarang semakin luntur.

"Mereka lebih gemar berbicara dan mengkritik isu-isu politik berkaitan UMNO dengan Pas dan Keadilan. Tanpa disedari mereka juga terikut-ikut rentak pembangkang sehingga di antara mereka dengan parti pembangkang hampir tiada beza biarpun dari segi pandangan," ujarnya.

Dalam hal ini, mereka harus ingat pembangkang mempunyai matlamat tersendiri iaitu mencari sokongan untuk perjuangan mereka. Sasaran paling mudah ialah kelompok mahasiswa yang bakal menjadi

kepimpinan negara kelak. Sekiranya matlamat mereka tercapai - mahasiswa yang berjaya dipengaruhi ideologi pembangkang ini menjadi sebahagian dari mereka dan kelak akan menyertai perjuangan mereka untuk menumbangkan kerajaan sekarang.

Daripada pengalaman yang lama dalam kelompok mahasiswa, Dr. Ku Abd. Rahman mengingatkan mahasiswa hari ini supaya lebih rasional dan bersifat sederhana dalam menilai sesuatu. Mereka harus menerima hakikat kerajaan yang dibina sekarang harus dipertahankan demi masa depan bangsa Melayu itu sendiri

Ketika bergelar mahasiswa, perasaan ingin membawa perubahan sering berkobar-kobar. Pada tahap itu, pelajar sering kali terlupa pada realiti sebenar kehidupan dan kalau boleh seluruh dunia ingin diubah mengikut apa yang difikirkan betul. Bagaimanapun, darah muda selalunya akur dengan realiti hidup yang sebenar apabila mereka keluar dari dunia kampus.

Ketika itu, mereka akan sedar bukan perkara mudah untuk menguruskan negara apabila menjadi sebahagian daripadanya. Oleh sebab itu, ramai di antara bekas-bekas mahasiswa akan sedar betapa perlunya mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Mereka tidak boleh bersikap hipokrit dengan menafikan apa yang kerajaan lakukan sekarang tidak meberi manfaat kepada rakyat.

Mahasiswa perlu tanya diri mereka sendiri apakah matlamat sebenar apabila melangkah kaki ke kampus. Apakah mereka menggunakan sebaik mungkin masa yang diberikan untuk memperolehi ilmu. Mampukah mereka melatih diri untuk berfikir seperti seorang dewasa dan juga sebagai golongan cerdik pandai.

Kerajaan tidak pernah menghalang mereka untuk prihatin terhadap keadaan di luar kampus, tetapi mereka harus meletakkan diri mereka sebagai golongan berpandukan intelektual apabila bersuara. "Kerajaan tidak minta mahasiswa menjadi penyokong kerajaan 100 peratus, tetapi ingin mereka menjadi golongan yang lebih adil dalam mengeluarkan pandangan dan tidak berat sebelah. Tetapi malangnya apa yang kita nampak ialah sikap pemimpin mahasiswa yang cukup memalukan.

"Mereka gagal menempatkan diri mereka sebagai golongan yang bermaruah. Mereka hanya menjadi pengkritik kerajaan seolah-olah perjuangan mereka hanya untuk mencari salah apa yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan. Sepatutnya, mereka juga menjadi pengkritik baik kepada kerajaan mahupun pembangkang.

"Kalau betul mereka menyifatkan diri mereka sebagai entiti yang bebas daripa-da mana-mana pengaruh, mengapa mereka tidak pernah menyatakan penghargaan apabila kerajaan berjaya memulihkan ekonomi, menyelamat ekonomi daripada tekanan IMF ataupun menghargai keprihatinan kerajaan terhadap negara-negara miskin yang ditindas. Pada ketika itu di mana suara mahasiswa kita. Mengapa mereka perlu butakan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita sedar mereka (pemimpin mahasiswa) kurang senang apabila sering ditempelak kerana bertopengkan pembangkang dalam perjuangan mereka. Namun mereka harus menerima hakikat perilaku mereka sentiasa diperhatikan. Mereka tidak dikritik sekiranya mempunyai jati diri dan pendirian sebagai mahasiswa. Itu yang mereka perlu dipertahankan supaya imej mahasiswa tidak dibayangi oleh sesiapa.

Kepimpinan mahasiswa sekarang memang sudah berbeza dengan zaman 1970-an dan 1980-an yang lebih kepada untuk mencari pengisian kemerdekaan. Tetapi mereka harus ingat dalam era globalisasi - perjuangan mereka bukan sekadar terhadap keadilan sosial, liberalisasi atau dunia sejagat, tetapi masih lagi ter-tumpu kepada perjuangan orang Melayu. Setinggi mana pun mereka, perkara pertama yang tidak harus dilupakan berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu kerana realitinya orang Melayu masih perlukan pembelaan.

Sementara itu, bekas pemimpin pelajar yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan, Yayasan Pelajaran Holdings Sdn. Bhd., Johor Bharu, Mat Mazlan Abu berpendapat terpesongnya perjuangan pemimpin mahasiswa hari ini berpunca daripada tekanan yang dihadapi oleh mereka sekarang.

"Saya rasa pemimpin pelajar berada dalam keadaan under pressure untuk membuktikan yang mereka ini masih relevan, sebab ramai pemimpin kita beranggapan mereka ini masih 'budak' lagi. Orang muda memang selalunya anti-establishment, contohnya, kalau disuruh potong rambut mereka tetap mempertahankan rambut panjang, sebab nak rasa sahaja.

"Jadi bila ditekan (dipressure) begini, mereka lebih mudah mendapat publisiti sekiranya mereka ini menggunakan slogan yang anti-establishment, seperti anti-kerajaan dan mirip kepada pembangkang. Ditambah pula racun yang telah ditanam oleh parti pembangkang itu sendiri. la secara tidak langsung menyumbang kepada terpesongnya hala tuju perjuangan pemimpin mahasiswa hari ini," jelasnya

Menurut beliau yang pernah memegang tampuk pemimpin pelajar ketika menuntut di Universiti Canterbury, Christchurch, New Zealand (1984-1987), fahaman politik pembangkang memang sudah wujud sejak dahulu lagi tetapi ia tidaklah sehebat sekarang. Di zaman itu, kebanyakan pelajar yang menuntut di luar negeri adalah bilangan minoriti dan mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Hanya segelintir yang terpengaruh dengan ideologi pembangkang terutama pelajar bukan Melayu. Sebagai pemimpin pelajar, perkara utama yang ditekankan ialah memastikan kebajikan pelajar serta masa depan pelajar Melayu sentiasa diperjuangkan.

"Kita mengikuti perkembangan semasa mengenai dalam negara, tetapi perkara utama yang diperjuangkan masih berkisar kepada keperluan pelajar, contohnya, seperti kuota kemasukan pelajar luar negara/Malaysia ke universiti, memohon supaya kemudahan dan kebajikan pelajar dipertingkatkan daripada pihak universiti dan juga jabatan pelajar Malaysia di luar .negara.

"Kita juga berjuang supaya isu mendapatkan biasiswa yang lebih tinggi bagi pelajar bumiputera untuk menampung kos sara hidup yang meningkat. Ini se-lalunya kami perjuangkan bersama dengan pelajar-pelajar dari universiti yang lain seperti Universiti Otago, Universiti Victoria dan University of Auckland," ujamya kepada MASSA.

Beliau berpendapat, yang pemimpin pelajar sepatutnya memperjuangkan hal-hal kebajikan pelajar lebih daripada berpolitik luaran. Banyak lagi perkara yang boleh diperjuangkan, seperti isu pinjaman PTPN ataupun mereka juga boleh berjuang supaya kerajaan meneruskan pemberian biasiswa untuk pelajar bumiputera seperti dulu sekiranya mendapat kelulusan yang lebih cemerlang. Mereka juga boleh mengadakan perbincangan yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakan-rakan mereka yang akan tamat pengajian mereka.

Namun dalam masa yang sama tidak salah mengikuti perkembangan politik semasa, tetapi tidak seharus menjadikan agenda untuk diperjuangkan oleh majlis perwakilan pelajar. Tetapi malangnya apa yang berlaku, pemimpin pelajar ini secara terang-terang berkempen untuk pembangkang di pilihan raya yang lepas. Apakah motif perjuangan mereka?

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Pengerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba berkata, kepimpinan mahasiswa akan lebih dihormati sekiranya mereka bebas daripada pengaruh politik pembangkang dalam perjuangan mereka. Kesediaan mereka untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam sesuatu isu menunjukkan wujud keprihatinan di kalangan mahasiswa sekarang. "Kita sambut baik sokongan dan cadangan mereka dalam hal-hal tertentu termasuklah soal perpaduan Melayu yang bakal dibincangkan oleh pemimpin UMNO dan Pas kelak.

"Saya juga percaya mereka perlukan masa untuk tampil sebagai pemimpin pelajar yang benar-benar bebas daripada kongkongan mana-mana pihak. Sebagai pemimpin kita tidak wajar menyalahkan mereka dalam hal ini sebaliknya cuba dengar dan fahami isi hati mereka,"ujamya.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved