StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 12, 2002

Kepimpinan Mahasiswa yang tempang


Oleh Rosli Ali Hassan ,
UKM, e-mail pembaca

SUDAH begitu lama saya meneliti tulisan-tulisan yang tersiar dalam internet yang memperlihatkan suara-suara kami, sebagai mahasiswa sehingga saya turut berasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman.

Saya ingin menyentuh isu kepemimpinan di kampus, terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya bukanlah mewakili mana-mana persatuan, tetapi berdiri sendiri sebagai seorang yang bertanggungjawab.

Saya mahu terus mempertahankan hipotesis saya: kepimpinan mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dalam zaman saya sekarang, begitu tempang sekali.

Tidak wajar MPP UKM, malah kebanyakan MPP universiti sekarang, mahu mewakili rata-rata mahasiswa, walaupun secara rasminya tercatat dalam AUKU bahawa mereka adalah badan sah yang mewakili mahasiswa.

Kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi di universiti tidak mengundi atau mewakilkan suara kami kepada MPP. Malah, bukti jelas setiap kali pilihanraya kampus, peratus undi hanyalah di sekitar 30-50 peratus sahaja.

Rata-rata kawan-kawan saya adalah golongan terbuka, yang tidak berminat untuk mewakilkan suara kami kepada MPP, yang jelas sudah terindoktrinasi oleh PAS - melalui pakaian, percakapan dan perbuatan.

Tidak ada kurang sedikit pun sebagai mahasiswa yang tidak mahu menyertai MPP atau mewakilkan suara kami kerana sumbangan MPP hampir sifar kepada mahasiswa, apalagi untuk menjaga kebajikan kami.

Saya boleh bertanya kepada sesiapa sahaja: apakah sumbangan MPP kepada anda? Jawabnya, kalau tidak adapun ...tak apa. Saya berharap pihak kerajaan atau kumpulan yang mencintai masa depan mahasiswa, tidak menganggap semua mahasiswa adalah antipembangkang atau pro-PAS.

Tidak sekali-kali. Suara-suara mahasiswa yang bergelar diri mereka sebagai GAMIS, Mahasiswa Bertindak Negara atau Persatuan Mahasiswa Islam hanyalah mereka yang syok sendiri.

Kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi di universiti lebih asyik untuk belajar, sedangkan kumpulan tadi yang bertindak kononnya mewakili mahasiswa adalah kumpulan yang tidak mahu belajar...malah jika saya perhatikan kawan sekelas saya dalam kumpulan berkenaan, kebanyakan mereka hanya pandai bercakap dan pandai menghasut.

Kebanyakan kami yang silent majority ini sedar sumbangan kerajaan dan peluang yang diberikan selama ini....tanpa ada kerajaan yang ditunjangi UMNO, nescaya masa depan Melayu di negara ini agak kelam.

Bagaimanpun, saya bukanlah menyokong UMNO tetapi lebih percaya kepada UMNO berbanding dengan cara konservatif PAS. Walaupun sesetengah mahasiswa yang dalam MPP, GAMIS atau Persatuan Mahasiswa Islam kini sudah kelihatan pandai memakai kot seperti pemimpin UMNO, tetapi cara berfikir mereka masih kelihatan tidak terbuka.

Sebagai mahasiswa yang terbuka dan dapat membuat penilaian yang adil, saya percaya kebanyakan mahasiswa masih bersama kerajaan dan bersyukur dengan dasar-dasar yang pargmatik kerajaan.

Biarpun kerajaan kelihatan tidak berlaku adil kepada petani, buruh dan nelayan kerana tidak memberikan mereka pinjaman untuk memulakan kehidupannya dengan kadar perkhidmatan empat peratus, kerajaan melalui PTPTN bersedia memberikan pinjaman kepada kami, demi masa depan kami.

Jika kami meminjam dengan Bank Islam yang mengamalkan sistem Islam, kami akan dikenakan caj perkhidmatan sehingga 8-11 peratus. Rakan-rakan saya khususnya di Fakulti Sains Fizik dan Gunaan semuanya sudah muak dengan tingkah laku kumpulan yang mendakwa sebagai pemimpin mahasiswa - mereka inilah yang akan menjadi pemimpin munafik. .....tetapi Pas dan Keadilan tentunya bersedia untuk membelai pemimpin munafik seperti ini.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved