StatTrack
free web hosting | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    updated on Sunday, January 27, 2002

Dua Pensyarah UTM digantung kerja


KUALA LUMPUR: Dua pensyarah dan dua pekerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digantung kerja kerana pembabitan mereka dalam kegiatan politik pembangkang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz
Shamsuddin, berkata selain itu 11 lagi kakitangan UTM
diberikan surat tunjuk sebab atas pelbagai kesalahan
manakala seorang sudah diberhentikan bulan ini.

Aziz yang ditemui selepas merasmikan seminar
Kenegaraan Malaysia yang dianjurkan Program Pengajian Diploma UTM, di sini, semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan tiga pensyarah universiti itu minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana pembabitan mereka dalam Kumpulan
Militan Malaysia (KMM).

Beliau berkata, UTM tidak pernah berdiam diri terhadap
kesalahan yang dilakukan kakitangannya dan berusaha
menangani masalah yang timbul.

Sungguhpun begitu katanya, penahanan tiga pensyarah itu tidak seharusnya menjadi faktor kepada masyarakat untuk memperkecilkan UTM kerana universiti berkenaan banyak menghasilkan pensyarah dan pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka hanyalah sebahagian daripada keseluruhan 1,600 pensyarah yang ada di UTM dan masalah ini bukanlah sesuatu yang serius dan apa yang kita minta ialah supaya mereka yang terbabit kembali semula ke pangkal jalan agar dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap pembangunan negara.

Ini kerana mereka sudah diberikan rahmat yang tinggi
oleh Tuhan serta peluang oleh kerajaan dilatih sebagai
pensyarah dan sepatutnya menumpukan kepada bidang profesion mereka, katanya.

Ditanya mengenai penafian pihak UTM terhadap wujudnya gerakan bawah tanah menentang kerajaan seperti yang didakwa oleh bekas pelajarnya, Wan Noor Hayati Wan Alias, Aziz berkata, dakwaan itu tiada kaitan dengan KMM.

Isu ini adalah berasingan kerana kita tidak tahu
dengan kumpulan mana pelajar ini terdedah, kita
ketepikan dahulu perkara ini kerana polis masih terus
menyiasat, katanya.

Sementara itu dalam sesi soal-jawab bersama pelajar
selepas merasmikan majlis berkenaan, Aziz berkata,
tiada salahnya dalam sistem pendidikan di negara ini
sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa memanggil
pekerja asing untuk bekerja di negara ini.

Yang menjadi masalah ialah kerana kita terlalu baik
dan juga malas untuk bekerja di sektor berkenaan,
tetapi sistem pendidikan di negara ini berlangsung
dengan baik, katanya.

Pelajar berkenaan menimbulkan soalan mampukah sistem pendidikan di negara ini menghasilkan golongan pekerja mahir dan separuh mahir bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Menjawab soalan seorang lagi pelajar berkenaan fungsi
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam
melahirkan pakar dan profesional walaupun kurang
memberikan perhatian soal praktikal berbanding di
politeknik, beliau berkata, politeknik diwujudkan bagi
menghasilkan golongan sub-profesional.

Ini kerana lulusan politeknik bertindak memberikan
perkhidmatan oleh itu mereka mesti tahu banyak aspek
praktikal bidang terbabit berbanding lepasan IPTA yang
selain praktikal perlu juga mahir mengenai teori,
katanya.

Aziz yang juga ditanya mengenai kelebihan antara IPTA
dan IPTS berkata, kedua-duanya adalah lebih baik,
tetapi IPTA mempunyai kelengkapan yang lebih baik
berbanding sesetengah IPTS.

Kelengkapan yang cukup ini adalah untuk melahirkan
pelajar terbaik dan pelajar seharusnya ingat mengenai
perkara ini dan peluang yang diberikan untuk
melanjutkan pelajaran, katanya.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Anonymous

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved