StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 12, 2002

UPP-IKD Agen menarik Mahasiswa sertai Politik Keadilan


OLEH
PenaSakti

KANGAR: Adalah dimaklumkan oleh petugas BA di Perlis bahawa seorang professional muda, Saudara Ahmad Hamdi Datuk Mokhtar telah dipukul oleh petugas-petugas UMNO di Indera Kayangan semalam.

Saudara Ahmad Hamdi adalah Pengerusi Unit Pendidikan Politik Institut Kajian Dasar (UPP-IKD), sebuah persatuan pemikir golongan muda yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. IK dimaklumkan beliau dalam rangka lawatan ke Indera Kayangan untuk membuat tinjauan suasana pilihanraya di situ.

Beliau menerima kesan-kesan luka di tangan dan kepala, dan telah diberi rawatan di sebuah hospital di sini. Beliau menerima beberapa jahitan kerana luka akibat
dipukul dengan besi.

Insiden keganasan semakin meningkat akhir-akhir ini, dan ditujukan kepada petugas-petugas BA.

IK dimaklumkan bahawa BN menggunakan khidmat sebuah kumpulan samseng tempatan yang dikenali sebagai 'Kumpulan Gagak Hitam'. Mereka menimbulkan kekacauan bagi tujuan mengundang provokasi dan menakut-nakutkan petugas BA.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved