StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Boleh dibuang kerja jika ingkar akujanji


Berita Harian, 13 Mac 2002

KAKITANGAN kerajaan yang melanggar ikrar Surat Akujanji boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dibuang kerja, Kata Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Khamsiyah Yeop.

Beliau berkata, ini kerana perbuatan itu adalah kesalahan mengingkari perintah mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).

Bagaimanapun, katanya, sebelum tindakan akhir itu diambil kakitangan berkenaan akan dikenakan hukuman lain terlebih dulu seperti amaran, denda atau dilucutkan keistimewaan seperti elaun.

“Mereka juga akan ditangguhkan kenaikan gaji dan pangkat serta diturunkan gaji. Apabila sampai masanya, mereka akan dibuang kerja,” katanya menjawab soalan Datuk Goh Siow Huat (BN-Rasah) di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Kerk Kim Hock (DAP-Kota Melaka) yang mendakwa tindakan membuang kerja adalah tidak demokratik, Khamsiyah berkata setiap kerajaan memerlukan kakitangan yang menyokong dasar negara.

Katanya, sebab itulah Surat Akujanji yang ditandatangani menetapkan supaya kakitangan kerajaan perlu taat setia kepada Yang Dipertuan Agong, negara dan kerajaan.

“Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang tidak mahukan rakyatnya taat setia dalam menjalankan perkhidmatan awam. Hanya yang ingkar saja tidak menjalan tugas dengan jujur dan setia,” katanya.

Khamsiyah berkata, proses menandatangani Surat Akujanji masih belum selesai walaupun majlis penerangan sudah dilakukan di seluruh negara.

Katanya, kerajaan berpuashati dengan penerimaan kakitangan awam terhadap surat berkenaan dan belum ada yang enggan menandatanganinya.

“Setakat ini kerajaan tidak menghadapi sebarang masalah dan belum ada maklum balas balas kakitangan awam, termasuk pensyarah, yang enggan menandatangani surat berkenaan,” katanya.

Khamsiyah berkata, pengenalan Surat Akujanji itu bertujuan menguatkan serta meningkatkan komitmen, profesionalisme, keutuhan, kewibawaan dan kejujuran anggota awam dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata, Surat Akujanji juga melengkapkan lagi peraturan yang terkandung dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved